3 MINGGU SESI PERSEKOLAHAN BERJALAN BANYAK ISU YANG BERBANGKIT BERSEKITAR PADA DUNIA PENDIDIKAN. BUKAN HANYA MELIBATKAN MURID, BAHKAN IMPAKNYA TURUT ADA PADA GURU BAHKAN SEKOLAH ITU SENDIRI.
ANTARA YANG MENJADI PAPARAN BERITA SEMASA DI DADA AKHBAR DAN TELEVISYEN BERKENAAN PROGRAM LINUS DAN PERMATA. BERMATLAMATKAN KECEMERLANGAN MURID SECARA HOLISTIK, DIDIKAN AWAL DENGAN KAEDAH BERKESAN AMAT DIPERLUKAN. PROGRAM LINUS YANG BERTUKAR WAJAH DARI PROGRAM KIA2M JELAS DITITIKBERATKAN DENGAN MATLAMAT SETIAP MURID YANG BERADA DI TAHUN 3 PADA 2012 DAPAT MENGUASAI ASAS-ASAS MENULIS, MEMBACA DAN MENGIRA. SEMENTARA PROGRAM PERMATA PULA LEBIH KEPADA PENUMPUAN MENCARI METHOD DAN KAEDAH BAGI MENERAPKAN P&P BERKESAN KEPADA ANAK-ANAK YANG GENIUS.
TIDAK KETINGGALAN ISU SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT). SEBANYAK 20 BUAH SEKOLAH YANG RATA-RATA MEMANG TERKENAL SEPELUSUK NEGARA TERPILIH UNTUK MENERIMA SEJUMLAH PERUNTUKAN BAGI PEMBANGUNAN MURID-MURID DI SEKOLAH BERKENAAN. ANTARA LAIN, MEREKA DI BERI KUASA AUTONOMI UNTUK MENTADBIR HAMPIR KESELEURUHAN SISITEM PENTADBIRAN SEKOLAH MASING-MASING TERMASUKLAH UNTUK MEMILIH GURU SERTA MEMECAT GURU MENGIKUT KEPERLUAN SEKOLAH.
SEMENTARA DARI SUDUT PERUNTUKAN KEWANGAN, IA JELAS MEMBERI IMPAK KEPADA AKTIVITI KURIKULUM DAN KOKURIKULUM SEKOLAH TERMASUK BERKAITAN HAL EHWAL MURID. PENGUMUMAN PIHAK KEMENTERIAN UNTUK MENGGUGURKAN 11 JENIS PERMAINAN DAN SUKAN DALAM MSSM BENAR-BENAR MEMBERI KEJUTAN PADA BANYAK PIHAK. EGITU JUGA AKTIVITI-AKTIVITI LAINNYA SEMUANYA SAMA TERJEJAS KERANA TIADANYA PERUNTUKAN UNTUK PENGANJURANNYA. BEGITU JUGA KEPADA PROGRAM-PROGRAM YANG BERKAITAN GURU. DEK KERANA TIADA WANG, BOLEH JADI TIADA JUGA SEBARANG KURSUS DAN SEMINAR BAGI GURU-GURU UNTUK DISERTAI. SEMUA ITU MEMBERI MAKNA SETIAP APA JUA AKTIVITI YANG DIANJURKAN DI LUAR SEKOLAH TIDAK AKAN ADA SEBARANG TUNTUTAN.
SATU LAGI ISU YANG LEBIH KEPADA KEMASLAHATAN GURU DAN KAKITANGAN AWAM LAINNYA ADALAH MENGENAI ELAUN BANTUAN SARA HIDUP (COLA). DIAKUI IA MERUPAKAN SAGUHATI YANG DIBERIKAN OLEH PIHAK KERAJAAN NAMUN IA TIDAK BOLEH DIANGGAP TIDAK MEMBANTU KOS SARA HIDUP KAKITANGAN. SESUNGGUHNYA NILAIAN ITU TELAH MEMBERI SATU SEMANGAT KEPADA ANGGOTA UNTUK BERKHIDMAT DENGAN BAIK. MASAKAN TIDAK, SABAN TAHUN ADA SAJA DASAR DAN PERLAKSANAAN BARU UNTUK DIIKUTI OLEH PIHAK SEKOLAH. INI MENJADIKAN TUGAS GURU BUKAN SAJA MENGAJAR, MALAH DALAM ASPEK PENGKERANIAN JUGA. JADI TIDAK SALAH ALASAN INI DIGUNAKAN BAGI MEWAJARKAN ELAUN ITU DIKEKALKAN. MELAINKAN TUGASAN YANG SEDIA ADA INI JUGA TURUT DIMANSUHKAN, MUNGKIN IA AKAN DILIHAT LEBIH ADIL DAN SAKSAMA UNTUK SEMUA PIHAK.
SENARAI DI ATAS MUNGKIN SEBAHAGIAN DARIPADA ISU-ISU YANG MELIBATKAN DUNIA PENDIDIKAN BUAT MASA INI. BAGAIMANA UNTUK 50 MINGGU AKAN DATANG SEPANJANG 2010? MACAM-MACAM HAL BOLEH BERLAKU. ISU BERKAITAN MATAPELAJARA SEPERTI BAHASA INGGERIS DANPENDIDIKAN JASMANI NAMPAKNYA TURUT MENJADI PERHATIAN KEMENTERIAN. BELUM LAGI PERIHAL j-QAF YANG SUDAH BERADA DI TAHUN KE-6. ISU PENEMPATAN GURU DAN PERTUKARAN JUGA SENTIASA HANGAT. DIHARAPKAN AGAR SEMUANYA ADA JALAN PENYELESAIAN YANG BAIK DEMI KEMASLAHATAN SEMUA MURID DAN GURU. MEREKA ADALAH ASET NEGARA YANG TIDAK BOLEH DI PANDANG SEBELAH MATA. JIKA MURID ADALAH MODEL GENERASI MASA DEPAN, GURU PULA ADALAH PENDORONG YANG MEMBENTUK GENERASI PADA MASA DEPAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan