Carian Daripada Blog Ini

Selasa, November 30, 2010

RAWATAN & PERKHIDMATAN DI HOSPITAL SWASTA: SEBAB & ALASAN

Gara-gara caj hospital swasta yang tinggi, ia secara langsung telah menyumbang kepada peningkatan jumlah pemegang kad kredit yang berhutang sehingga melepasi had kemampuan diri sendiri. Jika sebelum ini punca yang dilihat adalah disebabkan gaya hidup boros dalam berbelanja, tapi kini ia tidak lagi berada di kedudukan tertinggi. Perbelanjaan perkhidmatan di hospital sememangnya dilihat satu keperluan asas bagi manusia namun soalnya bagaimana dan ke mana perbelanjaan hospital itu digunakan.

Dengan pendedahan itu kemudiannya telah membuka mata sesetengah pihak sehingga akhirnya terbongkar beberapa insiden yang membabitkan pembayaran oleh pelanggan hospital swasta di mana caj yang dikenakan terlalu tinggi. Ada sesetengah keadaan kos sebenar itu kelihatan jauh berbeza daripada jumlah yang dikenakan. Daripada situasi itu dapat disimpulkan hospital swasta memang mengenakan jumlah kos rawatan dan perkhidmatannya yang tinggi kepada pelanggannya selama ini.

Dari perkaitan antara perbelanjaan kos rawatan di hospital swasta dan caj yang dikenakannya kepada pelanggan sehingga menyebabkan bebanan belanjawan kepada pemegang kad kredit dapat dilihat daripada beberapa aspek. Antaranya adalah dari segi sebab dan alasan mengapa pelanggan mendapatkan rawatan di hospital swasta walaupun menyedari hakikat kos yang terpaksa ditanggung agak tinggi.

Rata-rata mengandaikan perkhidmatan yang terdapat di hospital swasta sungguh hebat hingga ada yang mengiktirafnya bertaraf 3, 4, 5 bintang dan sebagainya. Ia termasuklah kecanggihan peralatan yang digunakan selain prosuder khidmat profesyenal daripada doctor yang merawat. Antara lain layanan kakitangan hospital terutamanya jururawat di wad contohnya turut diambil kira dalam caj perkhidmatan. Pada yang inginkan keselesaan serba-serbi, inilah tempatnya.

Ada juga yang menganggap mendapatkan khidmat kesihatan di hospital swasta seolah-olah menunjukkan status social seseorang. Dalam pada masyarakat yang sebahagian besarnya mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, ada juga segelintirnya sanggup berhabis semata-mata untuk mendapatkan perkhidmatan di hospital swasta walaupun menyedari perkhidmatan yang sama turut boleh didapati di hospital kerajaan. Walaupun tidak dapat dilihat sejauhmana andaian ini benar-benar berlaku, tetapi ia dapat dilihat apabila terdapat golongan yang berpendapatan sederhana mendapatkan rawatan sedangkan untuk jangka masa panjang sebenarnya belum tentu mereka terus-menerus berkemampuan untuk mendapatkan rawatan di sana.

Pada yang menjadi kakitangan dalam mana-mana syarikat, biasanya kos rawatan untuk pekerja ditanggung oleh syarikat di mana adanya klinik dan hospital swasta yang menjadi panel kepada syarikat itu. Oleh sebab itu sebagai kakitangan mereka berhak mendapatkan perkhidmatan apabila memerlukan rawatan.  Ini merupakan bonus kepada mereka walaupun terdapat di kalangan pekerja tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan di sana. Apatahlagi terdapat sesetengah syarikat yang besar dan kukuh turut menanggung kos ramatan untuk seisi keluarga. ini memberi faedah yang besar kepada kakitangan selain menunjukkan keperihatinan pihak majikan terhadap anak buah yang telah berkhidmat di bawahnya. Dengan adanya keistimewaan Ini menyebabkan ramai orang yang berminat untuk bekerja di syarikat berkenaan.

Ada juga disesetengah keadaan pesakit dirujuk kepada pakar yang tidak berkhidmat di hospital kerajaan. Ini menyebabkan pesakit berkenaan harus mendapatkan rawatan di hospital swasta di mana doktor pakar yang dicadangkan itu berada. Bagi situasi ini biasanya pesakit memang mempercayai perkhidmatan yang diberikan oleh hospital kerajaan, namun terpaksa dirujuk ke hospital swasta bagi memastikan mereka dapat dirawat sehingga pulih.

Daripada sebab dan alasan yang disenaraikan mungkin terdapat lagi sebab yang menyebabkan seseorang itu mendapatkan rawatan di hospital swasta. Tiada sesiapa pun sebenarnya boleh menegah seseorang untuk menerima rawatannya di sana asalkan mereka punya kemapuan dari segi kewangan bagi menampung kos rawatan dan perkhidmatan di hospital swasta.

Jangan pula nanti ada rungutan dan ketidakpuasan hati terhadap kos yang ditanggung sedangkan sebenarnya mereka telah menyedarti caj yang dikenakan semamangnya tinggi jika dibandingkan dengan perkhidmatan di hospital kerajaan yang sudah setaraf dari sudut perkhidmatan serta jauh lebih murah seperti mana yang diketahui masyarakat.

Jadi, berbaloikah berhutang demi sebuah keselesaan dalam mendapatkan rawatan dihopital swasta? Tepuk dada, seluk poket seluar.

2 ulasan:

emi nizam berkata...

alhamdulillah..sehingga hari ini aku masih berkemampuan untuk membiayai rawatan aku d damansara specialist sejak kecik..kalu dulu panel syarikat tggung tp bila aku da beranjak ke umur dewasa ni kene la bayar sendiri..setiap 3 bulan habis rm200...hope rexeki ku sntiasa bertambah n bkemampuan untuk menerima rawatan yg trbaik buat diri aku...

Tanpa Nama berkata...

sebab tulah kita kena merancang untuk mengadakan simpanan yang ada sediakan medical card. manalah tahu, terpaksa juga ke hospital swasta, jadi pakai medical card lah. Contact saya . lan -0196934336 area melaka n ns

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.