Malaysia Maju memberi ruang dan peluang yang luas untuk integrasi kaum, sama ada antara yang Islam dan bukan Islam atau antara sesama yang bukan Islam.
Dalam soal ini, integrasi atau perpaduan kaum itu perlu difahami betul-betul. Kita tidak boleh jadi jahil atau tersalah dalam memahaminya. Kalau tersalah, takut-takut apa yang kita usahakan itu bukan integrasi atau perpaduan kaum tetapi hanya berkumpul dan berpersatuan. Berkumpul dan berpersatuan nampak macam bersama tetapi ia bukan integrasi atau perpaduan. la hanya perpaduan fizikal.
Integrasi kaum bukan setakat perpaduan fizikal. Bukan kerana kita berkongsi perniagaan atau kita berada dalam parti yang sama atau gabungan parti yang sama. Bukan juga kerana kita berkongsi ideologi yang sama. Integrasi kaum bukan juga kerana kita selalu bertemu di majlis-majlis makan. Bukan juga kerana kita selalu bertemu di majlis-majlis perayaan kaum dan bangsa. Semua itu adalah hubungan yang berbentuk fizikal atau lahir semata-mata. la tidak dapat mem-buahkan integrasi atau perpaduan seperti yang diperlukan oleh negara.
Anggota lahir tidak tahu apa-apa. Dia tidak mengerti dan tidak merasa apa-apa. Yang mengerti itu adalah akal dan yang merasa itu adalah roh atau jiwa. Sekiranya akal fikiran tidak selari dan jiwa tidak ada perasaan bersama, pertemuan itu hanyalah pertemuan fizikal yang tidak mempunyai erti apa-apa.
Kalau fikiran tidak bertemu dan hati tidak serasa, sesuatu kaum atau bangsa tidak akan boleh bersatu dan berpadu. Bahkan, semakin kerap bertemu, semakin jauh di hati. Makin selalu bertemu, jarak hati semakin melebar. Ini mudah dilihat dan ternyata di dalam hidup kita seharian. Di dalam satu parti, biasa berkrisis selalu. Di dalam satu parti, biasa ada team-team, kroni-kroni dan klik-klik yang sentiasa mahu jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain.
Di dalam satu ideologi, biasa berlaku perpecahan, permusuhan dan perperangan. Dalam perkongsian perniagaan, biasa berlaku perselisihan dan ada yang terus pecah per-kongsian. Ini semua kerana fikiran tidak bertemu, hati tidak serasa.
Yang dikatakan integrasi atau perpaduan itu ialah yang bersifat maknawi dan rohani, berdasarkan akal dan jiwa. la adalah ikatan akal dan jiwa. Jarang bertemu pun tidak mengapa. Tidak berada dalam satu parti pun tidak mengapa. Asalkan fikiran selari dan jiwa rasa bersama.
Kalau begitu, baru kita faham. Untuk bersatu dan berpadu, sekali pun di antara satu kaum dan bangsa yang sama atau dalam satu parti yang sama amatlah susahnya. Tidak mudah berlaku seperti yang dikata. Yang berkata mudah itu ialah orang yang jahil yang tidak mengerti apa itu hakikat perpaduan yang sebenarnya.
PERPADUAN ADA BERBAGAI-BAGAI KATEGORI :
1. Perpaduan yang terpaksa
la datang secara mendadak dan tiba-tiba. Perpaduan secara ini hanya sementara, payah kekal lama. Apabila satu bangsa atau kaum yang berbalah diserang oleh musuhnya, terpaksa mereka bersatu untuk menghadapinya. Setelah selesai menghadapi musuh dan ancaman sudah tidak ada, perpecahan dan perbalahan berlaku semula.
2. Perpaduan yang dipaksa
Perpaduan yang diakta dan diundang-undangkan oleh negara kerana kepentingan nasional atau kepentingan bersama, demi keselamatan dan keharmonian bangsa. Kalau tidak risikonya berat dan terpaksa ditanggung bersama. Perpaduan ini hanya sebagai etika sahaja. Terpaksa berlakon dan berpura-pura kerana takut dihukum oleh negara.
3. Perpaduan bersifat ideologi
Ideologi yang diserapkan dan dididik semenjak di sekolah oleh negara hingga rakyat jadi fanatik, seolah-olah ideologi itu sudah jadi aqidah, agama atau jiwa bangsa. Perpaduan ini agak kuat sedikit daripada yang di atas tetapi berbahaya. Kerana apabila rakyat sudah fanatik dengan sesuatu ideologi, mereka akan memusuhi lain-lain bangsa yang tidak sama ideologi dengan mereka.
Perpaduan seperti ini boleh mengundang banyak musuh seperti berlakunya perang dunia yang kedua. Pihak Nazi, Bersekutu dan Komunis berperang kerana ideologi. Akhirnya, dunia yang musnah dibuatnya. Perpaduan begini tidak ada gunanya.
Ketiga-tiga bentuk perpaduan di atas masih kasar atau masih ada border. la masih menggunakan otak dan kemudian ditubi-tubi. la masih di tahap akal sahaja. la belum bersifat rohani atau kejiwaan.
Perpaduan ini juga banyak terdedah kepada sifat-sifat mazmumah atau perangai jahat manusia. Sifat mazmumah atau sifat jahat yang bersarang di hati manusia adalah punca manusia bergaduh dan berbalah. Sifat-sifat ini memusnahkan kasih sayang, tolak ansur, maaf bermaafan, lapang dada, timbang rasa dan sifat suka mendahulukan orang lain. Sifat sombong, hasad dengki, mementingkan diri, hidup nafsi-nafsi, berdendam, pemarah, tamak, bakhil, zalim, khianatdan lain-lain boleh memecahbelahkan manusia dan menyebabkan krisis, pergaduhan dan perbalahan.
Ketiga-tiga bentuk perpaduan yang disebutkan di atas tidak mampu membuang mazmumah dari hati-hati manusia, dan ia juga tidak mampu melenyapkan perangai jahat manusia. lanya masih secara kasar dan bersifat luaran. Oleh itu, sekuat manapun perpaduan, ia tetap akan pecah akibat dilanda oleh pukulan-pukulan mazmumah ini. Kalaupun ada bersifat kejiwaan, ianya adalah hasil lobi-melobi, ditubi-tubi dan dipaksa-paksa.
4. Perpaduan ikatan akal dan jiwa
Iaitu perpaduan kerana takutkan dan cintakan Tuhan serta selaraskan akal fikiran. Bila takutkan Tuhan, manusia takut hendak membuat salah kepada sesama manusia. Maka tidak berlaku pergaduhan dan perbalahan. Bila cintakan Tuhan, automatik timbul rasa cinta sesama manusia. Akan datang rasa perikemanusiaan. Maka lahirlah sikap bertolong bantu, bela-membela dan bekerjasama.
Inilah perpaduan yang lebih kuat, sejati lagi hakiki. Iaitu perpaduan yang lebih bersifat sejagat, global dan seni. la bersifat maknawi dan rohani. la bersifat akal dan jiwa. Inilah perpaduan yang boleh membunuh sifat-sifat mazmumah yang memecahbelahkan manusia sekalipun yang dalam satu keluarga. la boleh mengikat kaum dan bangsa, yang berbeza warna kulit, bahasa, budaya dan agama. la adalah kepunyaan bersama seluruh manusia. Tuhan adalah kepunyaan bersama seluruh manusia tidak kira apa kaum, agama dan bangsa. Tuhan, sama-sama punya.
Kalau ikut Tuhan, tidak ada hasad dengki, tidak ada sombong, tidak ada tamak dan lain-lain sifat yang memecah belah-kan manusia. Rasa takut dan cinta pada Tuhan adalah kepunyaan bersama. Maka Tuhan menjadi pengikat antara semua kaum dan bangsa. Walaupun manusia itu mungkin berlainan agama dan kepercayaan, rasa bertuhan dan rasa mempunyai Tuhan itu adalah fitrah semula jadi. Rasa cinta dan takut Tuhan juga fitrah. Kalau bagi orang Islam, tauhid itu perlu dibina, bagi orang bukan Islam pula, fitrah bertuhan ini perlu disegarkan.
Ikatan ideologi adalah kepunyaan sesuatu kelompok sahaja, bukan kepunyaan bersama. Bahkan ia hanyalah ciptaan manusia. Begitu juga ikatan perundangan dan akta. Ianya atas dasar terpaksa. Tidak semuanya kena ataupun terlibat sama.
Wahai manusia sejagat. Sekiranya kita inginkan perpaduan sesama manusia, tidak kira kaum, bangsa dan agama, ilmu ini mesti ada. Supaya apabila berusaha untuk mencapai perpaduan, ada panduan dan kaedahnya. Namun, diingatkan untuk mencapai perpaduan, tidak semudah yang disangka. Tidak cukup dengan slogan, syarahan dan undang-undang sahaja.
Selagi sifat jahat dan mazmumah masih bersarang dalam diri manusia, selagi itulah manusia susah hendak bersatu. Bukan sahaja dalam satu kaum atau bangsa, bahkan juga dalam satu keluarga, satu ibu dan satu bapa. Kalaupun ideologi sudah sama, ertinya fikiran sudah sekata dan sehala, mazmumah pula pemecahnya.
Mazmumah lebih banyak memecahbelahkan manusia, sekalipun satu keluarga. Dalam satu agama pun kalau mazmumah bermaharajalela, belum boleh bersatu secara kukuh. Mazmumah boleh ditumpaskan hanya dengan rasa cinta dan takutkan Tuhan. Sekadar ideologi, tidak akan sampai ke mana. Soal mazmumah inilah yang jarang kaum dan bangsa di dunia memikirkannya.

_______________________________________
Ini merupakan sebahagian artikel yang saya kongsikan daripada http://rasera786.blogspot.com/2012/03/malaysia-maju-masyarakat-majmuk.html kerana merasakan ia sesuatu yang bagus untuk semua orang ketahui. Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan