Carian Daripada Blog Ini

Ahad, April 29, 2012

BERSIH: Tepuk Dada, Bukan Tanya Selera.


SESAK WALL DI FACEBOOK SAYA MENGENAI PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 YANG DIADAKAN SEMALAM (28/4/2012). MASING-MASING CUBA MELAPORKAN APA YANG BERLAKU SEMALAM, SAMA ADA DARI PIHAK YANG MENYOKONG MAHU PUN YANG MENOLAKNYA. MASING-MASING ADA PANDANGAN YANG TERSENDIRI. MASING-MASING JUGA ADA AKAL YANG BOLEH DIGUNAKAN SECARA WARAS UNTUK BERFIKIR PERLU ATAU TIDAK, BAIK SERTA BURUKNYA UNTUK SESEORANG BERADA DALAM PERHIMPUNAN BERKENAAN. KADANG KALA APA YANG DILAPORKAN BAIK DI MEDIA MASSA, ATAU SECARA LISAN SERTA PERNYATAAN PERIBADI SEPERTI DI BLOG DAN FACEBOOK TIDAK MENCAKUPI KESELURUHAN KEADAAN. JARANG DIDAPATI LAPORAN DITULIS SECARA NEUTRAL, TIDAK MENYEBELAHI MANA-MANA PIHAK. MUNGKIN LAPORAN LUAR NEGARA BOLEH DITERIMA, NAMUN MEREKA SEBAGAI ORANG LUAR MANA MUNGKIN MEMAHAMI DENGAN MENDALAM SITUASI YANG BERLAKU DI TEMPAT KITA. JADI, ANDA ADA AKAL GUNAKANLAH SEBAIKNYA. JIKA ANDA JUGA ADA IMAN, TEPUKLAH DADA, BUKAN TANYA SELERA, TETAPI CARILAH JAWAPANNYA BERLANDASKAN KOMBINASI AKAL DI FIKIRAN DAN IMAN DI HATI ANDA. WALLAHU A'LAM.



DENGARLAH WAHAI TEMAN-TEMANKU
SATU PESANAN UNTUK SEMUA
MARI BERSAMA MENJAGA KEBERSIHAN
ITU SIFAT ORANG BERTAQWA

RASULULLAH TELAH BERSABDA
KEBERSIHAN ITU LAMBANG KEIMANAN
MARI BERSAMA KITA MENGAMALKAN
SUPAYA HIDUP KITA BAHAGIA

BERSIHKAN LAHIRMU DALAM SEMUA PERKARA
SUPAYA KITA SIHAT SEJAHTERA
BERSIHKAN BATINMU DARI SEGALA DOSA
SUPAYA HIDUP KITA TERPELIHARA

INGATLAH TEMAN-TEMAN SEMUA
KEBERSIHAN BATIN ITU YANG UTAMA
SEBAGAI SYARAT AMALAN DITERIMA
MARI BERSAMA KITA USAHAKANNYA



Sabtu, April 14, 2012

Perang Bendera Pun bermula

 
 
Sejak akhir-akhir ini iklim negara makin hangat. Bukan kerana panas sepanjang masa tanpa hujan. Tetapi panas dengan perang bendera yang mula dipasang di sepanjang jalan. Banyak tempat-tempat yang dianggap strategik telah dipacakkan tiang bendera. Sepanduk juga tidak terkecuali. Namun sepanas mana pun masa ini ia masih menjadi tanda tanya kepada ramai orang apakah dengan fenomena ini yang mungkin sama berlaku di seluruh negara menjadi pilihanraya umum bakal berlaku dalam masa terdekat? Di media seperti akhbar dan kaca tv tidak pula disebut-sebutkan. Jika ada pun di akhbar hanya beberapa laporan secara tidak langsung diberitakan. Tuduh-menuduh serta fitnah memfitnah menjadi kisah wajib untuk disiarkan media. Tidak kira dari pihak mana semuanya dua kali lima. 
 
Masyarakat hari ini kebanyakan makin meluat dan penat dengan gimik dan lakonan orang-orang politik. Macam-macam hal disogokkan demi mendapatkan pengaruh dan kepercayaan. Umumnya keadaan itu tidaklah seserius mana jika dibandingkan dalam pada masa memburukkan pihak lain pula. Memburuk-burukkan pihak lain tidak sama ertinya mendedahkan kerosakan atau sebarang salah laku orang lain dari aspek kerjaya dan peranannya dalam politik tetapi kebanyakannya lebih kepada merendahkan martabat pihak lawan dan mengkritik peribadi orang lain. Kadang-kadang masing-masing harus sedar diri, hal ehwal kehidupan orang yang tiada kena mengena dengan kerjaya politik tidaklah harus digembar-gemburkan. Jika salah lakunya boleh memberi kesan kepada rakyat dan masyarakat boleh jadi ia memang perlu 'diselesaikan'. 
 
Apapun sebagai rakyat tidak ada harapan menggunung diletakkan kepada peneraju negara dari pelbagai peringkat. Apa yang diperlukan keamanan dan kesejahteraan dalam meneruskan kehidupan di dalam negara ini. Hanya dengan kehidupan aman dalam sesebuah negara sahajalah menjadi penyelamat untuk rakyatnya mengamalkan agama serta meneruskan amalan dan budaya masing-masing. Tidak ada makna wujud negara yang aman makmur namun aspek agama ditinggalkan. Bahkan dalam memperjuangkan agama pastikan juga kebebasan dan kedaulatan negara menjadi keutamaan seiring bagi mendapatkan kedua-duanya sekaligus. Banyak contoh dapat dilihat di luar, tatkala negara tergadai, amalan beragama belum tentu dapat bertahan sepenuhnya. Begitu juga andai agama diberi perhatian lebih hingga melupakan aspek kenegaraan ia belum meyakinkan untuk memastikan sesebuah agama (Islam yang menjadi keutamaan) dapat berlangsung dengan selamat untuk diamalkan. Belajarlah dari sejarah dan jangan pula mencipta sejarah jika tiada kepastian untuk mengekalkan atau menambah baik keadaan yang sedia ada. 
 
Namun mungkinkah dalam suasana ini lebih-lebih lagi dunia sudah berada di akhir zaman kedaulatan negara dan Islam dapat dikekalkan? Masihkan kepercayaan penuh boleh diletakkan kepada mereka yang ada pada hari ini? Semuanya terpulang pada penilaian masing-masing. Pada yang putus harapan, masih ada alternatif lain untuk memastikan negara dan agama kita berada dalam keadaan selamat sejahtera seperti mana maksud bagi istilah Islam itu sendiri. Apakah caranya? Berdoalah sebanyak-banyaknya untuk meminta penyelamat umat akhir zaman hadir merubah segala kepalsuan dan kerosakan yang berlaku di merat-rata. Selicik mana aturan politik dan strategi untuk menawan hati manusia serta memonopoli negara, ia tidak dapat menyanggah apa yang telah Tuhan tentukan buat manusia tatkala ramai manusia telah nipis imannya, huru-hara berlaku di mana sahaja termasuklah juga kerosakan, penindasan dan kemungkaran yang berlaku saban hari tiada henti. janji Allah adalah pasti terjadi, hanya masa dan waktu sahaja yang menentukannya.

Rabu, April 04, 2012

TERUJA DALAM KEBIMBANGAN


SAYA MENDAPAT TAWARAN UNTUK MENGHADIRI KURSUS BERKAITAN PENULISAN BUKU. SERONOK RASANYA, NAMUN DALAM MASA SAMA SAYA MERASAKAN SAYA BUKANLAH MAHIR DAN ARIF MENGENAINYA. PENGALAMAN MENULIS PON HANYA UNTUK CATATAN PERIBADI DAN PERKONGSIAN SECARA MAYA DENGAN YANG LAIN. BUKAN ATAS DASAR KOMERSIAL. PERNAH TERLIBAT DENGAN BEBERAPA PERTANDINGAN BERKAITAN, ADA YANG MENANG ADA YANG SEBALIKNYA, NAMUN SAYA TIDAK KECEWA KERANA SEMUANYA HANYALAHS EKADAR SUKA-SUKA. APAPUN DENGAN TAWARAN INI SAYA MERASAKAN IA SESUATU YANG TIDAK BOLEH SAYA LEPASKAN BEGITU SAJA. MUNGKIN BANYAK YANG BOLEH SAYA PELAJARI MELALUINYA. NAMUN, SAYA MERASA SEDIKIT MALU DAN SEGAN DENGAN TAHAP KOMITMEN SAYA DALAM PENULISAN TERUTAMANYA DI BLOG INI. MENULIS HANYA UNTUK SUKA-SUKA MENJADIKAN MOOD SAYA TIDAK KONSISTEN. ADA MASA SAYA MENULIS, ADA MASANYA TIDAK. MUNGKIN KERANA SIBUK DENGAN TUGASAN DAN KERJAYA TETAPI YANG SEBENARNYA JUGA SAYA LEBIH MENUMPUKAN KEPADA PROSES MENYIAPKAN TESIS SARJANA YANG SAYA TETAPKAN MATLAMAT BERGRADUASI PADA TAHUN INI. SAYA SUDAH PENAT BERADA DALAM LINGKUNGAN KESIBUKAN ANTARA KERJAYA DAN PENGAJIAN. BANYAK PERKARA YANG SELAMA INI SAYA GEMAR LAKUKAN PADA WAKTU LAPANG TELAH DIISI DENGAN PERKARA BERKAITAN KERJAYA DAN PENGAJIAN. JADI, SAYA BERHARAP SANGAT-SANGAT PELUANG INI TIDAK MENJADI SESUATU YANG SIA-SIA BUAT SAYA. MOGA SAYA BOLEH BERKOMITMEN DENGANNYA SERTA DALAM MASA SAMA TIDAK MENGENEPIKAN PENULISAN TESIS SAYA. BAHAYA SANGATLAH ANDAI SAYA MULA MENGABAIKANNYA. BIMBANG JUGA YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG KECICIRAN. NAUZUBILLAH. PERMUDAHKANLAH URUSANKU, WAHAI TUHAN.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.