Carian Daripada Blog Ini

Sabtu, April 18, 2009

GURU BERPOLITIK?

GURU BERPOLITIK?? ERM.. ISU MENARIK NI.. SEJAK BEBERAPA MINGGU NI ADA TERDENGAR USUL YANG MEMINTA AGAR GOLONGAN INI DIBERI KELONGGARAN UNTUK TURUN KE KANCAH POLITIK NASIONAL. DILIHAT PADA RASIONALNYA, MUNGKIN IA SATU YG POSITIF APABILA MELIBATKAN AHLI AKADEMIK YANG PUNYA ILMU DIDADA. MALAH ADA YANG MELIHAT PARA PENDIDIK INI MEMPUNYAI AURA YANG TERSENDIRI; PUNYA KETRAMPILAN YANG POSITIF SEBAGAI SEORANG YANG BERPENDIDIKAN, PUNYA ILMU PENGETAHUAN YANG TENTUNYA BANYAK DIDAPATI DARI PEMBACAAN SERTA PUNYA KEMAHIRAN BERBICARA DI KHALAYAK DIMANA KESEMUANYA SUDAH MENJADI PAKEJ LENGKAP YANG DIRAIH DARIPADA PENGALAMANNYA SEBAGAI GURU SELAMA INI. TENTU SEKALI TIADA PERSOALAN DARIPAPA KREDIBILITI SEORANG GURU UNTUK BERADA DALAM ARENA POLITIK.

NAMUN ADA JUGA SEBAHAGIAN MASYARAKAT YANG MENOLAK USUL BERKENAAN DENGAN ALASAN IA BOLEH MENGERUHKAN KEADAAN. INI MUNGKIN DISEBABKAN KEBIMBANGAN MASYARAKAT APABILA KELAK IA BOLEH MEMPENGARUHI ANAK DIDIK. ANTARA LAIN ADA JUGA YANG MEMPERTIKAIKAN KOMITMEN GURU INI APABILA GURU AKTIF BERPOLITIK BAGAIMANA PULA DENGAN KELAS YANG DITINGGALKAN. TENTU KELAK AKAN MENYULITKAN KEDAAN TERUTAMANYA ANAK-ANAK MURID YANG BAKAL KETINGGALAN DALAM P&P. LAGI SATU ALASAN YANG MEMBANGKANG GURU TERBABIT DENGAN POLITIK ADALAH TUGASAN GURU YANG DIKATAKAN AGAK BANYAK SEHINGGA DIDAPATI GURU TERBEBAN DENGAN TUGAS-TUGASAN DI SEKOLAH YANG DI LUAR DARIPADA TUGAS HAKIKINYA, MENGAJAR SEPERTI PENGKERANIAN, MENGURUSKAN AKTIVITI KO-KURIKULUM, KURSUS DAN SEBAGAINYA. NAMPAK AGAK MUSTAHIL GURU DAPAT BERPERANA DALAM DUA SITUASI YANG BERBEZA, SEBAGAI SEORANG PENDIDIK DAN SEORANG AHLI POLITIK.

MEMANG DALAM APA JUA PERKARA AKAN ADA PRO DAN KONTRANYA, NAMUN ANTARA DUA PASTI ADA YANG TERBAIK. JADI, JIKA ADA BAIKNYA GURU DIBERI RUANG TERLIBAT DENGAN POLITIK MAKA IA TIDAK HARUS DIPERSOALKAN. JIKA SEBALIKNYA, MOGA-MOGA IA TIDAK MENJADIKAN GURU ITU PATAH SEMANGAT, MALAH BERTERUSAN MEMBUKTIKAN JAWATAN SEBAGAI PENDIDIK ITU SEBENARNYA SATU SUMBANGAN BERHARGA KEPADA AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR. PALING UTAMA, SEGALA JASANYA AKAN DINILAI DI AKHIRAT SANA, INSYA-ALLAH.

Ahad, April 05, 2009

'ALLAH PERDULI' BY AGNES MONICA: SATU PENELITIAN UMUM

Heboh seketika di media massa mengenai lirik lagi nyanyian artis seberang Agnes Monica. Dengan tajuk 'Allah Perduli' lagunya mendapat tempat di hati peminat-peminatnya. Mungkin kerana rentak iramanya yang sedap didengar dengan kesesuaian lagu itu dengan suaranya maka mudah saja ia diterima lantas dijadikan halwa telingan.

Namun, jangan mudah untuk menerima sesuatu itu secara membabi buta! Pihak agamawan di Malaysia nampaknya begitu alert dengan suasana sekeliling. Lihat saja respon daripada para mufti di beberapa negeri di Malaysia. Mereka mengenalpasti bahawa terdapat 'kesesatan' yang terkandung dalam lirik lagu 'Allah Perduli' itu. melihat tajuk sememangnya tiada apa yang ganjil, malah ia seolah-olah menggambarkan bahawa Allah, Tuhan yang Agung itu telah dinisbahkan dengan sifatnya yang mengambil berat terhadap sesuatu. Atau dengan kata lain 'wahua as-samii' al-basiir'. Jadi, apa yang sesatnya?

Sesat yang dikatakan itu adalah pada liriknya, pada rangkap akhir lirik nyanyiannya terdapat ungkapan 'Allah Yesus ku perduli'... Allah? Yesus? Ya, saya sendiri telah mendengarnya dengan jelas ada nama Allah digandingsamakan dengan nama Yesus yang tentunya dimaksudkan dengan Jesus Christ yang dipuja oleh penganut kristian!

Jadi isu di sini adalah, perkataan Allah itu bergabung dengan nama Yesus! Yang lain-lain rasanya tiada masalah. Keseluruhan lagu tu menggambarkan bahawa Tuhan tu merupakan Yang Maha Pengasih, Penyanyang, Mendengar dan Melihat apa yang dideritai oleh hamba-hambanya. Ya, lagu itu bersifat kerohanian. Senang cerita, ia adalah lagu yang dicipta dan dinyanyikan sempena perayaan hari natal (kerana dalam clip videonya berkisar mengenai sambutan krismas dan penderitaan kanak-kanak).

Secara peribadi, saya tidak nampak ia menjadi kesalahn kepada sesiapa jua untuk menggunakan nama Allah dalam apa jua keadaan pun. Semua manusia mengakui Allah adalah Tuhan yang Esa, tiada tolok bandingannya. Cumanya kerana adat, budaya dan agama yang berbeza maka berleluasa la kesyirikan dan penyekutuan yang dilakukan manusia walaupun memahami hakikat ada Tuhan yang lebih berkuasa dari apa yang mereka sembahkan.

Namun, saya tidak pula bersetuju bahawa umat lain tidak boleh menggunakan nama Allah. Kerana selain agama Islam, agama Yahudi dan Nasrani juga adalah antara agama Samawi yang turun berperantaan Jibril daripada Allah. Jadi, tidak salah mereka turut menggunakan nama Allah walaupun ternyata mereka yang selain Islam itu telah terpesong akidahnya.

Memang di Malaysia ini iklimnya tidak sama dengan masyarakat dunia yang lain. Melayu sinonim dengan Islam, malah Islam menjadi agama rasmi di Malaysia telah menjadikan ungakapan yang berbaur keislaman seperti 'Allah', 'al-Quran', 'solat' dan sebagainya tidak boleh malah ditegah untuk digunakan oleh penganut agama lain dalam konteks budaya dan ritual keagamaan mereka. Tidak lain jelas bagi mengelakkan kekeliruan dikalangan umat Islam di Malaysia. Boleh dikatakan frasa dan ungkapan berkenaan adalah satu 'password' dan identiti kepada agama anutan bagi masyarakat malaysia.

Jadi, daripada itu terdapat dua situasi pendirian yang harus dipegang oleh semua masyarakat. pertamanya, janganlah terlalu emosi dengan kata-kata berbaur keislaman seperti yang disebutkan dengan mendakwa ia adalah hak agama Islam. Bersikap rasionallah kerana Islam menuntut agar umatnya bersikap toleran. Kaji dan teliti dahulu permasalah yang timbul. Jangan pula kita dicop sebagai jumud dan jahil. Keduanya, semua pihak perlu jelas dengan penggunaan perkataan itu samada merujuk kepada agama Islam atau yang selainnya. Namun jangan pula ia bertujuan untuk mengelirukan umat Islam lebih-lebih lagi dengan adanya agenda 'misionari kristianisasi' kepada mana-mana Muslim. Jika ini berlaku, memang patut ada akta yang membabitkan kes-kes seperti ini.

Wallahu a'lam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.