Ustaz, satu nama yang tak perlu dihurai lagi. Umum mengetahui ia adalah satu panggilan buat mereka yang berpengetahuan agama, tidak kiralah ustaz itu menjadi imam jemaah di masjid, mengajar di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan, para pegawai agama di badan-badan berkanun, para pendakwah dan sesiapa jua yang mengaplikasikan secara meluas ilmu-ilmu agama yang dimilikinya. Hatta tidak kurang juga personaliti dan artis terkenal mendapat gelaran ustaz atas jasanya berdakwah dibidangnya.
Namun sedar atau tidak, bukan mudah untuk seseorang itu untuk bergelar ustaz. Samada atas kemahuannya atau tidak, perkara utama yang harus dilakukan adalah 'keep their manner as a true muslim man'. Ini menjadikan seolah-olah kelihatan golongan ini tidak bebas untuk beraksi sebagai dirinya yang sebenar di depan masyarakat. Buakn bermaksud ada kepura-puraan dalam tingkah lakunya, sebaliknya ia membuatkan mereka ini terpaksa menjaga setiap gerak-gerinya agar tiada yang cela di mata masyarakat yang sentiasa menganggap golongan ustaz mesti mencerminkan akhlak dan perilaku yang baik, serta soleh. Keadaan ini setidak-tidaknya membuatkan diri mereka sentiasa berada di dalam keadaan baik dan sopan senantiasa, yang sebaik-baiknya adalah sememangnya itu adalah diri mereka yang sebenar.
Ternyata tidak mudah untuk bergelar ustaz. Bagi yang ikhlas atau juga yang tidak merasa hebat dengan titlenya itu, seboleh-bolehnya mereka mahu mengelak daripada digelar sebegitu. Ilmu yang ada serasa masih tidak memadai. Malah terasa tidak layak untuk mendapat gelaran itu. Malunya jika akhlak tidak seiring dengan title, tentu saja akan merosakkan seluruh nama ustaz yang lain.
Bagi yang percaya gelaran ustaz itu satu kedudukan, tidak salah juga untuk diakukan. Sememangnya gelaran itu diberi oleh masyarakat yang menunjukkan satu dimensi atau stage yang berlainan dan berbeza daripada masyarakat umum. Seharusnya mereka bersyukur kerana mereka mendapat tempat dan diterima masyarakat. Ilmunya menjadi rujukan orang. Dikalangan mereka ini biasanya akan menjaga reputasinya agar kedudukan yang ada ini tidak diperlekehkan orang, samada menjaga akhlaknya atau selainnya. Jika ada yang sebaliknya, tentu sahaja ia bakal merosakkan namanya sendiri, bahkan kedudukannya juga tergugat. Paling malang orang akan mempertikaikan kewibaannya selaku seorang yang berpengetahuan agama.
Apapun tanggapan orang sama ada gelaran ustaz itu satu amanah ataupun kedudukan, statusnya tetap sama. Ada sebilangan mereka yang benar-benar tidak mahu diberi gelaran itu atas asbab yang mereka sendiri maklumi, dan ada juga yang merasa selesa dengan gelaran itu yang mana sekurang-kurangnya golongan ini akur betapa mereka ini milik masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan