Carian Daripada Blog Ini

Ahad, Ogos 30, 2009

:: ASRI IBRAHIM: DA'IE DAN MUJADDID DUNIA HIBURAN? ::

Asri Ibrahim, nama yang cukup terkenal dengan penampilan ringkas dan kemas sebagai seorang yang bergelar penghibur. Digelar Ustaz oleh masyarakat sememangnya satu penghormatan tinggi buatnya di kalangan artis. Bagi yang mengenalinya, memetik kenyataan rakan seperjuangannya, Yassin Sulaiman, tidak ada sesiapa pun yang tidak suka padanya, bahkan ramai yang kagum dengan sifat peribadinya yang luhur, toleran dan baik hati. walaupun berada di platform hiburan yang penuh fitnah, beliau dapat membawa dirinya sebaris dengan nama-nama besar lain, setidak-tidaknya dalam genre irama nasyidnya, kumpulan Rabbani yang diketuainya terus menjadi tumpuan umum. Jasanya tidak sedikit dalam memastikan genre nasyid diterima setiap lapis masyarakat.
Bagi yang mengikuti perkembangan nasyid selama ini, Kumpulan Nadamurni yang dianggotainya sememangnya telah menaikkan namanya sebagai seorang penasyid yang serba boleh. Bukan sahaja lunak suaranya mengalun bait-bait lagu, bahkan dalam bertilawah tidak kurang hebatnya. Kerap kali suaranya dipinjamkan buat lataran narration samada di kaca tv, radio dan sebagainya. Tidak hairanlah apabila mengetuai Rabbani, beliau semakin diterima ramai. Bidangnya bukan sahaja di arena suara semata-mata, juangnya bukan saja di masjid dan majlis ilmu yang biasa. Bahkan di mana-mana saja, sentiasa beliau bersiap siaga. Hatta di majlis kenduri doa selamat sekalipun, khidmatnya tetap menjadi pilihan.

Kini, tiada lagi alunan suaranya. Kehilangannya akan sentiasa dirindui. Jasanya kan sentiasa dikenang, bagaikan perwira syahid berjuangan... al-Fatihah.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.