DASAR-DASAR KERAJAAN
1.
Bagi mencapai
matlamat wawasan 2020, terdapat sembilan cabaran yang harus diatasi. Huraikan
cabaran tersebut.
Jawapan:
Sembilan
cabaran yang telah dikenalpasti ialah
i.
mewujudkan
negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi
bersama.
·
Ia mesti menjadi
negara yang aman,berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum,hidup dalam
harmoni, bekerjasama sepenuhnya,secara adil dan didokong oleh satu bangsa
Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
ii.
mewujudkan
masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri
sendiri,bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.
·
Masyarakat Malaysia ini
mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua
kemampuannya,tidak mengalah kepada sesiapa, dan dan dihormati oleh rakyat
negara lain.
iii.
mewujud dan
membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk
persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang
boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.
iv.
Mewujudkan masyarakat
yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegara kukuh dalam nilai
agama,dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi
v.
Mewujudkan masyarakat
liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan
adapt,kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama
meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara
vi.
Mewujudkan masyarakat
saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke
depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga meyumbang
kepada tamaddun saintifik dan teknologi masa depan
vii.
Mewujudkan masyarakat
penyayang dan budaya menyayangi iaitu system social yang mana kepentingan
masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insane tidak
berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling system kekeluargaan
yang kukuh.
viii.
Memastikan masyarakat
yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan
kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya
bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan
wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi berdasarkan
kaum; dan
ix.
Mewujudkan masyarakat
makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik,giat dan kental.
2.
Dasar penswastaan
telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada bulan Maac 1983 dengan
tujuan-tujuan tertentu. Huraikan dengan ringkas tujuan-tujuan Dasar Penswastaan
tersebut.
Jawapan:
Tujuan
pelaksanaannya:
i.
mengurangkan beban
kewangan kerajaan
ii.
meninggikan kecekapan
dan penghasilan kerja
iii.
menggalakkan
pertumbuhan ekonomi
iv.
pengagihan sumber
secara cekap
v.
mempercepatkan
pencapaian DEB/DPN
vi.
mengurangkan kerugian
berterusan
vii.
meningkatkan pendapatan
negara melalui cukai.
viii.
3.
Terangkan matlamat
dasar ekonomi baru dan strategi pelaksanaan yang telah dirangka bagi mencapai
kadar pertumbuhan ekonomi negara.
Jawapan:
i.
dilancarkan oleh
kerajaan pada 1970 melalui Rancangan Malaysia kedua (1971-1975) merupakan
rancangan ekonomi jangka panjang iaitu sehingga tahun 1990.
ii.
Matlamat utamanya
ialah mewujudkan perpaduan antara kaum dengan mengurangkan jurang perbezaan
ekonomi,social,kebudayaan dan penempatan.Matlamat ini cuba dicapai
melalui strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira
kaum dan menyusun semula masyarakat dengan menghapuskan pengenalan kaum melalui
kegiatan ekonomi.
iii.
Antara langkah
membasmi kemiskinan ialah
·
Mewujudkan peluang
pekerjaan
·
Menggalakkan mobility
pekerjaan
·
Mengurangkan jurang
perbezaan pendapatan antara kaum,kawasan dan wilayah
·
Memodenkan kehidupan
desa
·
Mewujudkan usahawan
bumiputera
·
Memperbaiki taraf
hidup rakyat melalui peluang Pendidikan dan penyediaan prasarana
iv.
langkah meyusun
semula masyarakat ialah:
·
meningkatkan daya
pengeluaran
·
mengurangkan
ketidakseimbangan struktur guna tenaga antara kaum
·
menambah ekuiti saham
bumiputera
·
mengurangkan kadar
pemilikan saham asing
·
memajukan
negeri-negeri yang mundur
v.
matlamat akhir DEB
ialah memberi peluang penglibatan bumiputera sebanyak 30% dalam kegiatan
ekonomi negara menjelang akhir tahun 1990.
4.
Terangkan
factor-faktor yang diambil kira dalam penentuan Dasar Luar Malaysia
Jawapan:
Kepentingan
nasional
·
Dari aspek
keselamatan, Malaysia
ingin mengelakkan sebarang ancaman atau serangan dari negara-negara luar.
·
Dari aspek ekonomi, Malaysia
bergantung kepada perdagangan antarabangsa oleh kerana ekonomi Malaysia adalah
berorientasikan eksport
·
Jestru itu, Malaysia
mengadakan hubungan baik dengan semua negara serta memperjuangkan prinsip
perdagangan bebas dan pasaran terbuka.
Piagam
pertubuhan bangsa-bangsa bersatu
·
Malaysia merupakan
penyokong kuat PBB yang dianggap sebagai pelindung negara-negara kecil serta
penggalak keamanan dan kemakmuran dunia
·
Malaysia berpegang
teguh kepada prinsip-prinsip piagam PBB seperti memelihara keamanan
dunia,melindungi hak asasi manusia,menegakkan keadilan dan kewibawaan
undag-undang dan menggalakkan perkembangan ekonomi dan social
Persekitaran
Geostrategik
·
Malaysia terletak
di rantau Asia Tenggara yang telah mengalami masalah ketidakstabilan politik
sejak Perang Dunai Kedua
·
Kewujudan Malaysia
sebagai sebuah negara berdaulat bergantung kepada kejadian-kejadian yang
berlaku di Asia Tenggara
·
Malaysia juga
terletak di persimpangan dua jalan laut yang penting iaitu Lautan Hindi dan
Lautan Pasifik.ini menarik minat kuasa-kuasa luar untuk menegakkan pengaruh
masing-masing di rantau Asia Tenggara.
·
Jestru itu Malaysia
mengutamakan hubungan yang baik dengan negara-negara Asia Tenggara . Malaysia juga ingin
menjadikan Asia Tenggara satu kawasan yang aman bebas dan berkecuali
Islam
·
Memandangkan Islam
merupakan agama persekutuan Malaysia
menitikberatkan hubungan baik dengan negara-negara Islam
·
Malaysia menyertai
Pertubuhan Persidangan Islam serta menyokong projek-projek tertentu seperti
Bank Pembangunan Islam
Bekas
jajahan British
·
Malaysia sebagai
bekas jajahan British menganggap dirinya sebagai anggota Komanwel British
·
Malaysia
meneruskan hubungan dengan Britain
dan kerajaan-kerajaan Komanwel yang lain seperti Australia dan New Zealand
Dasar
Berkecuali
·
Sejak tahun 1970 malaysia
mengamalkan dasar berkecuali, iaitu ia ingin mengadakan hubungan yang baik
dengan semua negara yang mengamalkan dasar aman dan persahabatan tanpa mengira
ideology mereka
·
Dasar berkecuali ini
bertujuan mengelakkan penglibatan Malaysia dalam pertikaian antara
kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Russia.
Prinsip
hidup bersama
·
Malaysia berpegang
teguh kepada prinsip hidup bersama secara aman dan damai. Malaysia
berpendapat bahawa rakyat sesebuah negara hendaklah menentukan nasib mereka
sendiri
·
Malaysia juga
berpendapat bahawa negara-negara luar tidak boleh campur tangan dalam hal ehwal
sesebuah negara
·
Jestru itu Malaysia telah
menyokong perjuangan Pertubuhan Pembebasan Pelastin,Kerajaan Demokratik Kemboja
dan pejuan-pejuang Mujahidin Afghanistan.
11. Huraikan faktor-faktor yang diambil kira dalam penentuan Dasar Luar Malaysia
A. PENGENALAN
1.
Dasar Luar Malaysia
bertujuan melindungi dan memajukan kepentingan-kepentingan nasional, iaitu
keselamatan dan kesejahteraan ekonomi.
2.
Malaysia
mengamalkan Dasar Berkecuali dan ingin mengadakan hubungan yang baik dengan
semua negara tanpa mengira ideologi.
B.
FAKTOR-FAKTOR YANG
DIAMBIL KIRA DALAM PENENTUAN DASAR LUAR MALAYSIA
1. Kepentingan nasional
a) Dari aspek
keselamatan, Malaysia
ingin mengelakkan sebarang ancaman atau serangan dari negara-negara luar.
b) Malaysia merupakan negara yang kecil dan
tiada mempunyai kekuatan tentera. Malaysia tidak boleh menggunakan
kekerasan dalam dasar luarnya. Justeru itu, Malaysia ingin mengadakan hubungan
baik dengan semua negara.
c) Dari aspek
ekonomi, Malaysia
bergantung kepada perdagangan antarabangsa memandangkan ekonomi Malaysia adalah
berorientasikan eksport.
d) Justeru itu, Malaysia
mengadakan hubungan baik dengan semua negara termasuklah negara-negara komunis
seperti Rusia, China dan negara-negara Eropah
Timur.
2. Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
a) Malaysia
berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) seperti memelihara keamanan dunia, melindungi hak asasi manusia,
menegakkan keadilan dan kewibawaan undang-undang dan menggalakkan perkembangan
ekonomi dan sosial.
b) Malaysia menyertai beberapa agensi PBB
seperti UNESCO dan UNCTAD. Malaysia
pernah juga menyertai Pasukan Pendamai PBB di Congo dalam tahun-tahun 1960-an.
3. Kedudukan geografi
a) Malaysia terletak di rantau Asia Tenggara
yang mengalami masalah ketidakstabilan politik sejak Perang Dunia Kedua.
b) Pergolakan
politik di Indo-China serta Pendudukan Vietnam di Kampuchea membimbangkan
negara-negara ASEAN memandangkan ia mungkin merebak di rantau tersebut.
c) Kewujudan Malaysia
sebagai sebuah negara berdaulat berantung kepada apa yang berlaku di Asia
Tenggara.
d) Malaysia juga terletak di persimpangan
dua jalan laut yang penting iaitu Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Ini menarik
minat kuasa-kuasa luar untuk menegakkan pengaruh mereka di rantau Asia
Tenggara.
e) Justeru itu, Malaysia
mengutamakan hubungan yang baik dengan negara-negara Asia Tenggara.
4. Islam
a) Memandangkan
Islam merupakan agama rasmi negara, Malaysia menitikberatkan hubungan
baik dengan negara-negara Islam.
b) Malaysia menyertai Pertubuhan Persidangan
Islam serta menyokong projek-projek tertentu seperti Bank Pembangunan Islam.
c) Malaysia juga terlibat di dalam
usaha-usaha perantaraan untuk menyelesaikan konflik Iran-Iraq.
5. Bekas jajahan British
a) Malaysia sebagai bekas jajahan British
menganggap dirinya sebagai anggota Komanwel British.
b) Malaysia meneruskan hubungan dengan Britain dan
Kerajaan-kerajaan Komanwel yang lain seperti Australia dan New Zealand.
6. Dasar Berkecuali
a) Malaysia tidak ingin berpihak kepada Blok
Barat atau Blok Komunis. Ini bertujuan mengelakkan penglibatan dalam pertikaian
antara kuasa-kuasa besar.
b) Maka Malaysia ingin
mengadakan hubungan dengan semua negara tanpa mengira ideologi.
7. Prinsip hidup bersama
a) Malaysia berpegang
teguh kepada prinsip hidup bersama secara aman dan damai.
b) Malaysia berpendapat bahawa rakyat
sesebuah negara hendaklah menentukan nasib mereka sendiri.
c) Malaysia juga berpendapat bahawa
negara-negara luar tidak boleh campur tangan dalam hal-ehwal sesebuah negara.
d) Justeru itu, Malaysia
menyokong perjuangan-perjuangan Pertubuhan Pembebasan Palestin, Kerajaan
Campuran Demokratik Kampuchea
dan perjuangan-perjuangan Mujahidin Afghanistan.
C.
KESIMPULAN
1. Malaysia ingin mengadakan hubungan baik
dengan negara-negara luar tanpa mengira ideologi mereka.
2. Keutamaan dalam
Dasar Luar Malaysia
adalah berdasarkan kepada hubungan erat dengan negara-negara Asia Tenggara,
negara-negara Islam, negara-negara berkecuali dan Kerajaan-kerajaan Komanwel.
_____________________________________________________
Ini adalah salinan daripada tugasan yang penulis sediakan semasa menjalani Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia sesi Julai 2009. Keputusannya, penulis mendapat markah dan gred lulus yang baik :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan