Carian Daripada Blog Ini

Isnin, Ogos 31, 2009

SISTEM FAIL j-QAF

BAGI GURU-GURU KPLI j-QAF, ANDA SEHARUSNYA MEMAHAMI SELOK BELOK TUGASAN ANDA DALAM PENGURUSAN FAIL. IA AMAT PENTING UNTUK DIJAGA DENGAN BAIK DENGAN MENG'UP-DATE'KAN SETIAP INFORMASI DAN MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN PROGRAM j-QAF. SEHARUSNYA DISEDARI PROGRAM INI MERUPAKAN AMANAH BUAT ANDA BAGI MEMASTIKAN SEGALANYA BERJALAN DENGAN SISTEMATIK. TIDAK SEKADAR BERKAITAN P&P TETAPI SEGALA-GALANYA TERMASUK FAIL-FAIL SEPERTIMANA YANG DISEBARAIKAN DI BAWAH:

1. Pengurusan Fail:
a) Bilangan Fail Utama:
(Fail ini adalah pecahan daripada fail program j-QAF yang terdapat dalam Fail Panitia Pend. Islam)
Fail2 ialah:
i) Surat Pekeliling
ii) Analisa Pemulihan Jawi
iii) Analisa Program Khatam Al-Quran/Tasmik
iv) Analisa Bahasa Arab
v) Analisa Kem Bestari Solat
vi) Program Kem Bestari Solat
(Kandungan fail antaranya laporan kem)
vii) Data Guru
(Kandungan fail: Biodata Guru / Jadual Waktu)


viii) Surat-menyurat


* Labelkan setiap fail dengan nombor/kod fail
-rujuk pada kerani sekolah serta Fail Panitia Pend. Islam


b) Fail senarai semak
i) Pemulihan Jawi
ii) Program Khatam Al-Quran/Tasmik
iii) Bahasa Arab
-skala kadar
- PKSR
iv) Kem Bestari Solat




c) Buku Stok
i) Buku Stok Bahan Bantu Mengajar
ii) Buku Penggunaan BBM
iii) Buku Penggunaan Bilik Jawi

SISTEM FAIL j-QAF

BAGI GURU-GURU KPLI j-QAF, ANDA SEHARUSNYA MEMAHAMI SELOK BELOK TUGASAN ANDA DALAM PENGURUSAN FAIL. IA AMAT PENTING UNTUK DIJAGA DENGAN BAIK DENGAN MENG'UP-DATE'KAN SETIAP INFORMASI DAN MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN PROGRAM j-QAF. SEHARUSNYA DISEDARI PROGRAM INI MERUPAKAN AMANAH BUAT ANDA BAGI MEMASTIKAN SEGALANYA BERJALAN DENGAN SISTEMATIK. TIDAK SEKADAR BERKAITAN P&P TETAPI SEGALA-GALANYA TERMASUK FAIL-FAIL SEPERTIMANA YANG DISEBARAIKAN DI BAWAH:

1. Pengurusan Fail:
a) Bilangan Fail Utama:
(Fail ini adalah pecahan daripada fail program j-QAF yang terdapat dalam Fail Panitia Pend. Islam)
Fail2 ialah:
i) Surat Pekeliling
ii) Analisa Pemulihan Jawi
iii) Analisa Program Khatam Al-Quran/Tasmik
iv) Analisa Bahasa Arab
v) Analisa Kem Bestari Solat
vi) Program Kem Bestari Solat
(Kandungan fail antaranya laporan kem)
vii) Data Guru
(Kandungan fail: Biodata Guru / Jadual Waktu)


viii) Surat-menyurat


* Labelkan setiap fail dengan nombor/kod fail
-rujuk pada kerani sekolah serta Fail Panitia Pend. Islam


b) Fail senarai semak
i) Pemulihan Jawi
ii) Program Khatam Al-Quran/Tasmik
iii) Bahasa Arab
-skala kadar
- PKSR
iv) Kem Bestari Solat




c) Buku Stok
i) Buku Stok Bahan Bantu Mengajar
ii) Buku Penggunaan BBM
iii) Buku Penggunaan Bilik Jawi

Ahad, Ogos 30, 2009

:: ASRI IBRAHIM: DA'IE DAN MUJADDID DUNIA HIBURAN? ::

Asri Ibrahim, nama yang cukup terkenal dengan penampilan ringkas dan kemas sebagai seorang yang bergelar penghibur. Digelar Ustaz oleh masyarakat sememangnya satu penghormatan tinggi buatnya di kalangan artis. Bagi yang mengenalinya, memetik kenyataan rakan seperjuangannya, Yassin Sulaiman, tidak ada sesiapa pun yang tidak suka padanya, bahkan ramai yang kagum dengan sifat peribadinya yang luhur, toleran dan baik hati. walaupun berada di platform hiburan yang penuh fitnah, beliau dapat membawa dirinya sebaris dengan nama-nama besar lain, setidak-tidaknya dalam genre irama nasyidnya, kumpulan Rabbani yang diketuainya terus menjadi tumpuan umum. Jasanya tidak sedikit dalam memastikan genre nasyid diterima setiap lapis masyarakat.
Bagi yang mengikuti perkembangan nasyid selama ini, Kumpulan Nadamurni yang dianggotainya sememangnya telah menaikkan namanya sebagai seorang penasyid yang serba boleh. Bukan sahaja lunak suaranya mengalun bait-bait lagu, bahkan dalam bertilawah tidak kurang hebatnya. Kerap kali suaranya dipinjamkan buat lataran narration samada di kaca tv, radio dan sebagainya. Tidak hairanlah apabila mengetuai Rabbani, beliau semakin diterima ramai. Bidangnya bukan sahaja di arena suara semata-mata, juangnya bukan saja di masjid dan majlis ilmu yang biasa. Bahkan di mana-mana saja, sentiasa beliau bersiap siaga. Hatta di majlis kenduri doa selamat sekalipun, khidmatnya tetap menjadi pilihan.

Kini, tiada lagi alunan suaranya. Kehilangannya akan sentiasa dirindui. Jasanya kan sentiasa dikenang, bagaikan perwira syahid berjuangan... al-Fatihah.

Sabtu, Ogos 29, 2009

:: MERDEKAKAH KITA::


Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan hari yang amat bersejarah kepada warga Tanah Melayu. Pada tarikh tersebut Tanah Melayu secara rasmi diisytiharkan merdeka daripada penjajahan British selepas satu abad lebih terjajah. Alhamdulillah, syukur kepada yang Maha Esa kerana mengekalkan nikmat kemerdekaan negara sehingga ke saat ini. 
Namun, rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam seharusnya tidak terlalu selesa dengan suasana ini. Kita harus senantiasa bertanya, apakah kita berada dalam keadaan yang hakiki? Apakah kita telah merdekakan tanah air, jiwa, pemikiran, budaya, tingkah laku dari penjajahan ideologi yang rosak? Atau apakah tanah air kita sahaja yang telah ditinggalkan oleh penjajah Inggeris, namun pemikiran dan ideologi mereka masih diwarisi oleh kita? 

Oleh kerana itu, umat Islam perlulah mengisi kemerdekaan ini dengan menghapuskan saki baki tinggalan penjajah dalam setiap aspek kehidupan mereka. Inilah mesej kemerdekaan yang dibawa oleh pejuang-pejuang Islam di awal Islam ketika mereka berusaha membebaskan bangsa dan kaum yang lemah daripada cengkaman penjajahan Rom dan Parsi yang merupakan dua kuasa besar dunia ketika itu. 
 
Ini dapat dilihat menerusi ungkapan Rub’ii bin Amir seorang pejuang Islam dihadapan Rustum panglima perang Rom: “Allah mengutuskan kami untuk kami mengeluarkan manusia daripada perhambaan kepada manusia kepada perhambaan kepada Tuhan Pencipta manusia, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam, daripada kesempitan hidup di dunia kepada keluasan hidup di akhirat.” 

Justeru, marilah kita memahami erti kemerdekaan secara yang lebih holistik dan matang. Merdekakan jiwa dan minda kita dari melanggar arahan Allah SWT. Merdekakan masyarakat kita dari perpecahan dan permusuhan. Sabda Nabi SAW: Dari Amir bin Saad dari bapanya r.a katanya:“Pada suatu hari Rasululah s.a.w datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid Bani Mu’awiyah baginda masuk ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan baginda.Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah berdoa baginda berpaling kepada kami lalu bersabda:”Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan. “ (Hadis riwayat Bukhari) 

Semoga dengan memahami erti sebenar kemerdekaan , akan menambahkan keberkatan kepada kehidupan kita di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT; Maksudnya: “Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”(al-A’raaf: 96)
Akhir kata.. selamat menyambung Hari Kemerdekaan yang ke-52 :D

Jumaat, Ogos 28, 2009

MERIAHNYA RAMADHAN


Masih di dalam minggu rahmat, 10 hari pertama dalam bulan Ramadhan. Terasa cepat masa berlalu. Di siang hari kebelakangan ini redup dan mendung mengiringi, yang memungkinkan betapa Ramadhan ini benar-benar diberkati. Hujan turun sesekali sekadar renyai membasahi bumi. Terkadang juga hujan lebat x tentu masa membuatkan perut yang kosong bertambah keroncong, sejuk.
Susana di masjid masih meriah dikunjugi makmum untuk berterawih berjemaah. Boleh dilihat diawal-awal ini jemaah masih setia berterawih bermakmumkan imam 20 rakaat. Jarang ada yang berlalu seusai 8. Namun tidak menjadi hal samada seseorang itu mahu membuat 8 rakaat ataupun meneruskan bersama imam sehingga berakhirnya 3 rakaat witir. Habis solat, juadah ringkas yang dinamai 'moreh' oleh sebilangan masyarakat dijamah bersama-sama, mengeratkan lagi ukhwah sesama muslim. Terasa betapa ramadhan adalah bulan yang membawa rahmat. tersimpul 1001 hikmah di dalamnya.
Namun x kurang juga meriahnya bazaar ramadhan. Aneka juadah menanti untuk diborong pembeli. Dari makanan berat, hinggalah ke makanan ringan, pencuci mulut dan minuman. Semuanya ada. Malah ada jenis2 makanan tak pernah dijumpa semasa hari-hari bukan puasa ada di sepanjang Ramadhan. pelik. Tapi itulah juga satu daripada rahmat Ramadhan. Benar, bukan?

Jika difikir-fikirkan banyak lagi kemeriahan yang dapat kita saksikan sepanjang bulan ramadhan ini. Meriahnya majlis berbuka puasa contohnya telah menjadi kelaziman dalam masyarakat. Bertadarus al-Quran juga tidak kurang meriahnya walaupun ia berlaku dalam kelompok-kelompok kecil sahaja. Tidak lagi melihat pada promosi-promosi hotel yang menyediakan buffet berbuka puasa dengan pekej-pekej menariknya. Sungguh meriah, seolah sama macam meriahnya raya.

Namun, semeriah manapun kita lalui ramadhan, apa yang penting amalan kita itu benar-benar berkualiti untuk dipersembahkan kepada Allah. Apa yang kita lakukan pastinya mencapai piawaian keredhaan Allah. Beramal bukan kerana terpaksa, bukan juga kerana pandangan orang, jauh sekali jika beramal sehingga menimbulkan riak di hati. jika kita boleh meriah dalam perkara-perkara yang tidak berkenaan, maka kala ini sama-samalah kita memeriahkan ramadhan dengan menggandakan amal kita. Moga-moga puasa kita lebih baik daripada puasa kita di masa-masa lalu.


___________________________________________________________________________________

Akan datang.. meriah lagi di shopping kompleks :D

Khamis, Ogos 27, 2009

:: PERUTUSAN RAMADHAN ::

SALAM ALAIK.
ALHAMDULILLAH..SETELAH BEBERAPA LAMA BLOG INI SEPI TANPA BICARA.. SURAM TANPA KATA..MAKA MULAI SAAT INI INSYA-ALLAH IA AKAN KEMBALI SEPERTI DULU KALA. DIAKUI BETAPA MASA MENJADI BATASAN UNTUK BERTERUSAN KONSISTEN MENUKIL SEBARANG IDEA NAMUN SEBENARNYA DI BENAK TERLALU BANYAK PERKARA DAN ISU YANG INGIN DIKONGSIKAN. NAMUN, DEK KEBOSANAN WAKTU CUTI INI PENULIS CUBA MELUANGKAN MASA MENGUPDATE BLOG INI. KALAU TAK KERANA RAMADHAN PASTINYA PENULIS BUKAN BERADA DI DEPAN SKRIN NI. UNTUK SEKALI LAGI SAYA NYATAKAN SETIAP KENYATAAN-KENYATAAN YANG TERTERA DI SINI MERUPAKAN PENDAPAT PERIBADI PENULIS SEMATA-MATA. TIADA MANA-MANA SUMBER THABIT DIGUNAKAN KERANA HAMPIR KESELURUHAN IDEA ADALAH ZAHIRAN DARIPADA CETUSAN RASA HATI SEMATA-MATA. NAMUN JIKA ADA SEBARANG KENYATAAN YANG MENGGUGAT KEAMANAN DAN MENYENTUH SENSITIVITI MANA-MANA PIHAK, SESUNGGUHNYA IA ADALAH DI LUAR SEDAR PENULIS DAN RIBUAN KEMAAFAN PENULIS HULURKAN JIKA ADA. UNTUK AKHIRNYA, SELAMAT MENGGANDAKAN AMALAN SEPANJAN RAMADHAN INI. :D

:: PERUTUSAN RAMADHAN ::

SALAM ALAIK.
ALHAMDULILLAH..SETELAH BEBERAPA LAMA BLOG INI SEPI TANPA BICARA.. SURAM TANPA KATA..MAKA MULAI SAAT INI INSYA-ALLAH IA AKAN KEMBALI SEPERTI DULU KALA. DIAKUI BETAPA MASA MENJADI BATASAN UNTUK BERTERUSAN KONSISTEN MENUKIL SEBARANG IDEA NAMUN SEBENARNYA DI BENAK TERLALU BANYAK PERKARA DAN ISU YANG INGIN DIKONGSIKAN. NAMUN, DEK KEBOSANAN WAKTU CUTI INI PENULIS CUBA MELUANGKAN MASA MENGUPDATE BLOG INI. KALAU TAK KERANA RAMADHAN PASTINYA PENULIS BUKAN BERADA DI DEPAN SKRIN NI. UNTUK SEKALI LAGI SAYA NYATAKAN SETIAP KENYATAAN-KENYATAAN YANG TERTERA DI SINI MERUPAKAN PENDAPAT PERIBADI PENULIS SEMATA-MATA. TIADA MANA-MANA SUMBER THABIT DIGUNAKAN KERANA HAMPIR KESELURUHAN IDEA ADALAH ZAHIRAN DARIPADA CETUSAN RASA HATI SEMATA-MATA. NAMUN JIKA ADA SEBARANG KENYATAAN YANG MENGGUGAT KEAMANAN DAN MENYENTUH SENSITIVITI MANA-MANA PIHAK, SESUNGGUHNYA IA ADALAH DI LUAR SEDAR PENULIS DAN RIBUAN KEMAAFAN PENULIS HULURKAN JIKA ADA. UNTUK AKHIRNYA, SELAMAT MENGGANDAKAN AMALAN SEPANJAN RAMADHAN INI. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.