Ahad, Oktober 04, 2009

.: AMANAH BUAT GURU : ANTARA TUGASAN & BEBANAN :.


Siapa kata mudah menjadi guru? Ya, anda betul jika mengatakan tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Tugas guru tidak semudah mendapat gelaran 'cikgu'. Jika anda mengatakan tugas guru bersekitar kepada mengajar dan pembelajaran semata-mata, ternyata anda silap!

Guru boleh dikatakan sebagai 'engeneer' yang bukan bekerja dengan mesen. Boleh juga dilihat sebagai 'arkitek' yang tidak bekerja dengan alat pertukangan. Bahkan tugasnya adalah berhadapan dengan murid. Memberi penerapan ilmu kepada murid merupakan tugas hakiki guru. Sebab itulah mereka golongan ini digelar 'guru' yang dikaitkan dengan orang yang memberi ilmu. Guru jugalah yang diberi tanggungjawab untuk membentuk sahsiah murid dengan pembelajaran akhlak dan moral di sekolah.
 
Ya, cukup sekadar itu memang mudah. sekadar memberi tunjuk ajar sesiapa pun boleh. Tapi tahukan anda, menjadi guru di sekolah memerlukan pelbagai persediaan yang rapi. Tidak sekadar menjadi bidang terjun semata-mata. Tentunya bersedia dengan pelbagai alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran sentiasa dititikberatkan. Tidak lupa, mental juga kena dipersiapkan demi memastikan guru dapat mengawal emosinya semasa berdepan dengan karenah murid di kelas. Tidak seperti kerani di pejabat, atau operator pengeluaran di kilang, juga juruteknik dengan tugas-tugas teknikelnya. Guru kelihatan lebih berat tanggungjawabnya di mana untuk mengawal murid amat sukar jika tidak kena dengan gayanya. Bukan senang lantaran manusia ini dikatakan makhluk yang unik. Sementelahan pula anak orang. Sedangkan ibubapa tidak dapat menahan karenah 3 4 orang anak mereka, apatahlagi guru yang berhadapan dengan 30 ke 40 orang murid di kelas. 

Bagi guru sekolah rendah, masalah dalam kalangan murid mungkin tidak sehebat di sekolah menengah sehingga saban hari ada sahaja berita salahlaku murid terpapar di arus media. Namun, jangan lupa bahawasanya melayan karenah murid sekolah rendah juga bukan sesuatu yang mudah. Selain imu pengajaran dan pe,mbelajaran, ilmu keibubapaan perlu ada dalam diri seorang guru. Termasuk juga ilmu pedagogi dan psikologi pengajaran. Pendek kata untuk menjadi guru bukanlah sesuatu yang mudah. Untuk menjadi ibu bapa pula silap hari bulan tiada kursus khas yang diperlukan. Lalu, tidak hebatkan guru?

Lihat pula tugas-tugasan sampingan. Lambakan kerja-kerja pengkeranian sentiasa menanti. Borang-borang secara manual banyak yang perlu diisi selain data-data yang perlu dimasukkan melalui talian. Kebiasaannya tugasa itu meliputi dan berkaitan dengan urusan murid seperti data peribadi, laporan pencapaian akademik dan sebagainya.

Aktiviti-aktiviti luar bilik darjah juga siapa lagi yang menguruskannya kalau bukan dari kalangan guru. Antara program kelolaan guru yang biasa dilakukan saban tahun adalah seperti perkemahan unit uniform, khemah  ibadah, seminar, rombongan sambil belajar dan lain-lain.

Aktiviti ko-kurikulum  juga menjadi tugas yang mesti dilakukan. Dengan tujuan untuk memupuk murid menjadi ‘ orang serba-boleh’, guru juga harus menjadi serba-boleh. Tidak hanya aktif bersukan, menjadi ilmu kejurulatihan dalam unit uniform juga harus dikuasai guru disamping tugas-tugas berpersatuan. Semuanya hanyalah untuk manfaat anak murid. Pendek kata, guru harus ada kemahiran-kemahiran tertentu bagi membimbing murid dalam aktiviti-aktiviti berkenaan.  

Program sekolah? Ya, tentu sahaja ada penganjuran program sama ada secara rasmi atau tidak yang dikelolakan oleh guru. Bermula dari mesyuarat pelaksanaan sehinggalah perlaksanaannya adalah dari kalangan guru. Di sekolah menengah mungkin murid turut membantu melancarkan program dan aktiviti yang dijalankan, namun di sekolah rendah 100% adalah di bawah kelolaan guru-guru. (Hatta sambutan meraikan guru pada Hari Guru pun, guru juga yang meraikankannya sendiri).

Kursus dan mesyuarat  juga turut tergalas dibahu guru. Memang diakui tujuan nya untuk meningkatkan keprofesyenalisme guru tetapi apabila tugas di bilik darjah terabai, bagaiamana pula dengan prestasi murid. Tatkala prestasi murid merosot , sedikit sebanyak kredibiliti guru dipersoalkan. Itu semua kerana bebanan luar daripada tugas hakikinya. Ini menjadikan tugasan guru itu berlapis-lapis sehingga dalam satu masa bukan satu dua tugas hari diselesaikan.

Oleh itu, marilah kita sama-sama merenung betapa tidak mudah untuk bergelar guru. Ada yang berpendapat ia kerjaya senang kerana imbuhan sebagai kakitangan awam dikatakan lumayan berbanding dengan tugasan yang ada. Ada yang kata istimewa kerana ada cuti yang panjang. Kerja pula separuh hari. Tahukah anda, karenah murid di sekolah mengakibatkan guru memerlukan rehat dari segi fizikal dan mental.

Sebenarnya kebanyakan guru tidak memikirkan hal-hal berkenaan melainkan niat yang tulus untuk mendidik anak bangsa. Jika ada yang kerana itu ia sebenarnya berlaku di awal perkhidmatan, selepas beberapa ketika, kepuasan bergelar guru akan terlakar diwajah setelah melihat kejayaan yang dicapai oleh muridnya. Tahukah anda, sebahagian besar guru-guru telah dikenalpasti mengalami tekanan jiwa yang serius. Jadi, janganlah menuduh guru yang bukan-bukan disamping menggambarkan ketidak seriusan guru-guru dalam kerjayanya terutama apabila adanya aduan-aduan guru di akhbar dan sebagainya berkenaan dengan tangga gaji, keluhan sebagai pendidik, masalah cuti belajar dan sebagainya. Guru juga adalah manusia biasa seperti kita. Mulut seringkali memujii kemuliaan guru namun jauh di sudut hati masyarakat sebahagiannya memperlekehkan tugasan guru. Sikap ini seharusnya harus diperbetulkan. Tugas guru memang mulia, tetapi jika dicemari dengan pelbagai bebanan akan menjadikan guru tidak mampu berperanan dengan tugasan mulianya itu kerana rungutan dan bantahan akan dilihat masyarakat sebagai tanda guru tidak bersyukur, sedangkan hak asasi guru harus diambil kira kerana guru bukanlah robot khidmat awam yang tidak ada perasaan.


2 ulasan:

Anonymous berkata...

aku first...hehe...aku jadi mcm ni hari ni pun kerana guru...tapi aku xsanggup tgk guru2 sekarang dengan nasib tidak terbela dan seolah2 jadi pak turut...

Tolong ulas kenapa guru buleh didik murid jadi engineer, padahal guru tu tetap jadi guru sampai tua?adakah guru ni visi dia sempit? atau dah terlalu selesa mengajar?

emi nizam berkata...

terima kasih kerana merasa x sanggup nk lihat 'derita' guru.. tapi dijelaskan guru bukan pak turut kepada sesiapa.. guru berkhidmat demi maysrakat.

insyaAllah pada masa depan akan ada perbicaaran mengenai mengenai apa yg anda pertanyakan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SALAM MESRA

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih atas kesudian berkunjung ke blog ini. Sejak akhir-akhir ini statistik menunjukkan adanya kunjungan dari pelawat-pelawat yang mencatatkan kekerapapan lawatan bagi sesetengah entri dalam blog ini. Kebanyakannya entri yang berkaitan dengan s]umber manusia, pengurusan organisasi dan seumpamanya. Siapa pun anda, plagiat merupakan sesuatu yang tidak beradab tanpa meminta izin terlebih dahulu dengan apa jua cara. Apapun, diharapkan agar mana-mana entri di dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada anda.