Carian Daripada Blog Ini

Rabu, September 30, 2009

:: TSUNAMI DI SAMOA : WARNING TUHAN BUAT KITA ::

Warning Tuhan kini kembali. Dengan gempa berskala 8.0, Tsunami melanda kepualauan Samoa dan Samoa Amerika. 100 nyawa melayang sekelip mata. Tidak lagi melepasi angka besar kala Tsunami 5 tahun lalu ia bukan petanda baik yang boleh dipandang enteng oleh semua pihak. Sumatera yang tidak sunyi dengan gegaran alam turut menerima impak setelah 12 jam kejadian di Amerika berlaku.

Lalu adakah masih antara kita menarik nafas lega kerana tidak terlibat dengan ancaman itu secara langsung? Sesekali tidak untuk kita sekadar memberi simpati atas mangsa yang terlibat. Harus lebih itu dalam diri harus timbul rasa gerun dan kagum. Gerun pada ancaman al-Khaliq yang bisa melakukan apa saja terhadap makhluk-Nya. Kagum kerana kuasanya begitu hebat sehingga melangkaui jangkaan kita.

Adakah sedah cukup pada perasaan gerun dan kagum semata-mata? Tidak juga. maka perhatikanlah pula kesan dan hikmah pada apa yang telah berlaku. Sekadar gerun tidak mendatangkan sebarang hikmah. Begitu juga dengan rasa kagum. Seharusnya kala ini kita mendidik diri untuk menginsafi atas apa yang telah terjadi. menyedari kekuasaan Tuhan, langkah terbaik adalah kembali kepada-Nya.

Sungguhpun bersyukur atas keselamatan yang masih terjamin sehingga kini, jangan lupa dengan sekali lafaz ' kun fa ya kun', sekelip mata bumi kita boleh menjadi binasa. Jangan disebut bagaimana dan kenapa andai kita meyakini kuasa mutlak-Nya. Tugas kita sebagai hamba, tak lain dan tak bukan hanyalah patuh dan tunduk dengan titah perintah-Nya. Bukan hanya bersifat nafsi-nafsi, tetapi meliputi semua ahli keluarga dan masyarakat kita.Adakah dalam kejiranan, tatkala hujan di laman kita, laman jiran tidak sama-sama basah dek lebat hujan???

Sabtu, September 26, 2009

:: SALAH FAHAM RUMAH TERBUKA ::

Seminggu Syawal seakan pantas berlalu. Rata-rata yang bercuti 10 hari seolah-olah belum puas meraikan aidilfitri. Kanak-kanak yang keriangan seakan-akan lupa sekolah bakal menjelang sehari lagi. Penangan raya nampaknya meninggalkan impak yang besar. Buktinya, akan ada jemputan-jemputan rumah terbuka sebaik kaki melangkah ke tempat kerja daripada rakan sejawat. Tak kurang ada juga yang sudah berkira-kira di kepala ingin menganjurkan majlis sebegitu rupa. Maka tarikh demi tarikh di'booking' disepanjang hujung minggu syawal. Harapan agar tetamu datang bertandang pada hari berkenaan amat tinggi.

Penganjuran rumah terbuka kelihatan satu aktiviti yang baik. hikmah yang selalu dicanangkan - mengeratkan silaturrahim - seolah-olah benar wujudnya keadaan yang sedemikian. Namun, sejauhmana ukhwah antara tuan rumah dengan tetamu serta tetamu dengan tetamu bertaut tatkala semuanya dalam kesebokan menjamu selera? Tuan rumah tentunya tidak berkesempatan melayan kesemua tetamu yang bertali arus bertandang ke rumahnya. Sesama tetamu pula ada yang saling mengenali akan bersembang diantara mereka. yang tidak dikenali dibiarkan bersama yang lain. Ia berikutan konsep rumah terbuka itu berjalan dalam tempoh waktu yang ditetapkan dalam sekian waktu di mana tetamu bebas datang dan pergi dalam tempoh itu.

Konsep ziarah menziarahi dalam program seumpama ini seolah-olah tidak terterap sepenuhnya. Apa yang menjadi matlamat selaku tuan rumah, hanya menginginkan tetamu yang datang merasai aneka juadah yang disediakan. Cuba bayangkan, andai tiada penganjuran rumah terbuka, tentu tetamu itu hanya dihidangkan dengan biskut dan air sejag semata-mata! Tetamu itu hanya akan 'bernasib baik' andai kehadirannya dimaklumi tuan rumah seawal dari itu yang tentu sahaja menyediakan aneka hidangan buatnya.

Hakikatnya, ziarah menziarahi di aidilfitri bukanlah tertumpu pada hidangan semata-mata. Bertanya khabar dan berbalas kemaafan adalah pokok utamanya. Seringkali ramai yang bersalah fahaman betapa ziarah di aidilfitri hanya 'available' jika dimaklumkan terlebih dahulu. Malah ada yang menyalah ertikan konsep rumah terbuka itu adalah majlis makan dan parti sosial sehingga timbul perasaan riak dan bangga diri dalam segala aspek persiapan dari sudut tatarias rumah, makanan dan sebagainya. Malah lebih teruk ada yang akan ungkit mengungkiti andai ada yang tidak datang ke majlisnya sehingga tidak mahu pula ke majlis orang itu.

Lihat, kesucian Aidilfitri telah tercemar dengan pemahaman minda yang tidak tepat berkenaan dengan konsep ziarah-menziarahi. Alangkah baiknya semuanya berjalan dengan sederhana tanpa adanya lampauan pembaziran di akhirnya. Jangan pula melupakan makhluk 'perosak' yang terpenjara sebulan sepanjang Ramadhan. Misi merosakkan iman manusia tetap berterusan dari segenap aspek. Berakhirnya ramadhan, kehidupan biasakan bermula seperti biasa.

Sabtu, September 19, 2009

:: RAMADHAN DIRINDU, SYAWAL DINANTI::

BERGEMBIRALAH DI SYAWAL KERANA MERAIKAN KEMENANGAN SEBULAN BERMUJAHADAH DI  RAMADHAN.. NAMUN JANGANLAH PULA BERGEMBIRA DI SYAWAL KERANA MERAIKAN KEBEBASAN SEBULAN MENDERITA DI RAMADHAN...

BERSEDIHLAH DI SYAWAL KERANA TERPAKSA BERPISAH MENINGGALKAN RAMADHAN... NAMUN JANGANLAH PULA BERSEDIH DI SYAWAL KERANA TAK SEMPAT BERSIAPAN RAYA DI RAMADHAN...

RINDULAH RAMADHAN SEPERTIMANA KEKASIH HATI DIRINDUI.. NAMUN JANGANLAH PULA MEMBENCI RAMADHAN SEPERTIMANA MUSUH KETAT DIBENCI...

RAIKAN SYAWAL DENGAN PERKARA MAKRUF ATAS KEMULIAANNYA... NAMUN JANGANLAH PULA RAIKAN SYAWAL DENGAN PERKARA MUNGKAR ATAS KESUCIANNYA...

Jumaat, September 18, 2009

AURA WARNA SOLAT

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
____________________________________________________

  • Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

___________________________________________________________________________________

  • Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

  • Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
__________________________________________________________________________________

  • Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

  • Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Ahad, September 13, 2009

ORANG PERTAMA

ANDA HEBAT? ANDA RASA ANDALAH JUARA? TUNGGU... BUKAN ANDA SEORANG SAJA YANG BOLEH DIANGGAP JUARA YG PERTAMA DI DUNIA INI... LIHAT LAH SENARAI DI BAWAH INI SAMADA LAYAKKAH ANDA SEBARIS DENGAN MEREKA....

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi IbrahimAS
5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA
11. Orang yang pertama menyusukan Nbi SAW: Thuwaibah RA
12.. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA
27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH.
9. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus’ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

_____________________________________________________________________________

LAYAKKAH ANDA??

Khamis, September 10, 2009

Ramadhan;Adat & Tradisi.

JANGAN ISI RAMADHAN SECARA TRADISI… 
AMAL IBADAH KITA DI DALAMNYA SIA-SIA… 
TAPI ISILAH IA DENGAN IBADAH… 
CUKUP DUA RAKAAT SEMBAHYANG… 
JIKA DISERTAKAN HATI YANG BERTAQWA.  
JANGAN SEKADAR MEMBANYAKKAN IBADAH… 
TETAPI KUALITINYA TIADA… 
BIAR BUAT SEDIKIT TINGGI MUTUNYA… 
BARULAH ALLAH TERIMA SEKALIPUN SEDIKIT.
RAMADHAN TRADISI DAN ADAT ITU… 
MEMBANYAKKAN MAKAN DAN MINUM… 
KERJA KITA BERCAMPUR DIANTARA KEBAIKAN… 
DAN JUA KEMUNGKARAN… 
PUASA ITU SEKADARKAN TAK MAKAN DAN TAK MINUM…
SELURUH ANGGOTA LAHIR DAN BATIN KITA TIDAK PUASA.
MAKIN DEKAT KEPADANYA MAKIN KURANG AMAL KITA…
KERNA SEBOK DENGAN JUADA DI HARI RAYA… 
IBADAH YANG DIBUAT HANYA RANGKA SAHAJA… 
MACAM BANGKAI YANG TIDAK BERNYAWA.
BUKANKAH ALLAH TELAH BERFIRMAN… 
SESUNGGUHNYA ALLAH MENERIMA… 
IBADAH ITU DARI ORANG BERTAQWA… 
ALLAH TIDAK TERIMA IBADAH JIKA HANYA ORANG ISLAM.

Selasa, September 08, 2009

ASIMILASI MARIAM JOHARI -> KIM SOON AE

TATKALA MENATAP MUKA DEPAN AKHBAR MENGENAI KEMATIAN MARIAM JOHARI, WARGA EMAS YANG LAMA BERMASTAUTIN DI KOREA SELATAN SELAMA LEBIH 64 TAHUN LALU BENAR-BENAR MENINGGALKAN KESAN DI HATI SESIAPA JUA, SETIDAK-TIDAKNYA KEPADA KELUARGANYA DI PLENTONG, JOHOR. DIA BUKAN SESIAPA, BAHKAN TIADA APA YANG MENARIK DARINYA, MELAINKAN KISAH HIDUPNYA YANG TERPAKSA MELALUI RANJAU HIDUP DI BUMI YANG CUKUP ASING BAGINYA.

LANTAS DEMI DESAKAN HIDUP, BELIAU SANGGUP BERASIMILASI DENGAN MASYARAKAT DAN SUASANA SETEMPAT. DIKENALI DENGAN KIM SOON AE, BELIAU DENGAN MUDAH DITERIMA BANGSA YANG JAUH BERBEZA ADAT RESAM DAN BUDANYA MELAYUNYA. BAHKAN AGAMA ANUTAN TURUT JAUH BERBEZA SEHINGGA BOLEH DIKATAKAN TIADA APA YANG TERZAHIR PADA DIRINYA MASIH DIKEKALKAN.

MENJANGKAU SETENGAH ABAD, TIADA RALAT DALAM KEHIDUPANNYA DI TEMPAT YANG PERNAH DIANGGAP ASING DULUNYA. HIDUPNYA MAKIN SELESA BAHKAN KEBAJIKANNYA TURUT TERJAGA. NAMUN, JAUH DISUDUT HATI, KENANGAN DI TANAH TUMPAHNYA TIDAK LUPUT DIINGATAN. SEMAKIN MENGINJAK USIANYA, SEMAKIN KUAT KEINGINANNYA UNTUK KEMBALI DI TANAH AIRNYA. DOANYA TERMAKBUL JUA WALAUPUN KEPULANGANNYA KE KAMPUNG HALAMAN HANYA SEBENTAR.

TAPI KINI, KEPULANGANNYA DI SISI TUHAN MENINGGALKAN POLEMIK HEBAT. PERTANYAAN DEMI PERTANYAAN MUNCUL, MASIHKAH IA BERPEGANG DENGAN AQIDAH ASALNYA? APAKAH WASIAT YANG DITITIPKAN SEBELUM PEMERGIANNYA? APAKAH BENAR PERMINTAANNYA AGAR JENAZAHNYA DIURUSKAN MENGIKUT RITUAL KRISTIAN?

KINI, SATU SAHAJA CARA YANG BOLEH 'MENYELAMATKANNYA' DARIPADA TERUS MENERUS HILANG IDENTITI ISLAMNYA, MEMBAWA JENAZAHNYA PULANG KE TANAH AIR SECEPAT MUNGKIN. TENTANG PERSOALAN YANG BERMAIN DI FIKIRAN, BIARLAH BERLALU. MOGA-MOGA ALLAH MENGAMPUNINYA. TENTU SAHAJA RAHMAT RAMADHAN INI ADA HIKMAH BUAT DIRINYA, INSYA-ALLAH

Ahad, September 06, 2009

:: SIKAP DISEPANJANG RAMADHAN ::

Alhamdulillah.. Hari ni adalah hari ke 16 umat Islam seantero dunia menjalani ibadah puasa. Sememangnya cepat masa berlalu sedangkan kita rasakan ibadah kita masih di tahap yang minima. kehidupan kita masih seperti biasa dengan hanya menolak waktu makan minum. Jika ada pun yang menumpukan pada penggandaan amal ibadah pun ia masih boleh dipertikaikan dari segala segi. Malah perlakuan dan sikap sehariannya juga boleh dipersoalkan. Ikhlaskah tarawihnya disetiap malam? Semakin khusuyukkah solat fardhunya? Terjagakah pancaindera? Terisikah setiap waktu terluang dengan perkara-perkara berfaedah? Ditahap manakah keprihartinan pada golongan yang memerlukan bantuan? Atau adakah masih adanya pembaziran saban iftar?

Ramai yang mengakui kehidupan di Ramadhannya berubah 360 darjah. Azamnya sepanjang bulan ini tutur katanya akan dijaga, pandangan mata tidak lagi tersasar pada yang mungkar, hati senantiasa berzikir memuji Allah. Pada yang jarang mengaji al-Quran keinginan untuk mengkhatamnya timbul gara-gara ramadhan. bagi yang suka mendedah, pakaian sopan menjadi pilihan. yang jenis kedekut mula la menghulur-hulur.

Tapi, satu perkara yang rata-rata orang buat pada bulan ini masih sama seperti bulan-bulan lain, membazir! Tidakkah disedari sifat ini benar-benar tidak terhakis lagi dari diri mereka yang berpuasa? Walaupun berjaya menhana lapar dahaga sepanjang hari, tetapi keinginan di hati masih tidak dapat ditakluki, malah kehendak hatinya pula berjaya menakluki akalnya. Tatkala berbuka aneka juadah terhidang. Diakhirnya ada juga yang terbuang. perasaan ingin merasa kesemuanya telah membuatkan tidak semua hidangan dapat dihabiskan. ini telah menyumbang kepada pembaziran yang melampau.

Melihat pada mereka yang berbuka di hotel berbintang-bintang, cukup menggambarkan betapa tuntutan nafsu diikuti tanpa memikirkan impaknya. Dengan mengorbankan sejumlah wang yang boleh dianggap nilaian besar, segala-gala yang ada boleh dinikmati. terfikir, tidakkah mereka membanding beza amaun ketika berbuka dirumah atau kedai-kedai biasa dengan di hotel? Atau tidakkah mereka 'menepuk' perut mengagak kapasiti makanan yang boleh disumbat semasa berbuka?

Jelas, mazmumah ini tidak boleh dibiarkan merajai hati dan akal orang yang berpuasa sedangkan hati kita seharusnya telah terdidik untuk menahan nafsunya. Tidakkah kita seringkali mendengar firman Tuhan...'sesungguhnya orang yang suka membazir itu adalah saudara syaitan, dan sesungguhnya syaitan itu adalah musuhmu yang nyata'..

Selasa, September 01, 2009

:: TANDA KIAMAT : HILANG ILMU, BERLELUASA KEJAHILAN ::

Di antara tanda akan datangnya kiamat lagi ialah akan dihapuskannya ilmu
(tentang Ad-Din) dan merajalelanya kejahilan. Diriwayatkan dalam Shahih
Bukhari dan Shahih Muslim dari Anas bin Malik Radhiyallahu anhu, ia berkata :
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
    "Artinya : Di antara tanda-tanda akan datangnya kiamat ialah dihilangkannya ilmu (tentang Ad-Din) dan tetapnya kejahilan". (Shahih Bukhari, Kitab Al-Ilm, Bab Raf'i Al-Ilmi wa Zhuhuri Al-Jahli 1:178, Shahih Muslim, Kitab Al-Ilm, Bab Raf'i Al-Ilmi wa Qabdhihi wa Zhuhuri Al-Jahli wa Al-Fitan fi Akhir Az-Zaman 16:222)

Imam Bukhari meriwayatkan dari Syaqiq, katanya : Saya pernah bersama-sama dengan
Abdullah dan Abu Musa, mereka berkata : Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam
bersabda :
    "Artinya : Sesungguhnya menjelang datangnya hari kiamat akan ada hari-hari diturunkannya kejahilan dan dihilangkannya ilmu (Ad-Din)". (Shahih Bukhari, Kitab Al-Fitan, Bab Zhuhuri Al-Fitan 13:13)

Dan diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Haurairah Radhiyallahu 'anhu, ia
berkata : Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
    "Artinya : Jangka waktu akan semakin dekat, ilmu (tentang Ad-Din) akan dihilangkan, fitnah akan merajalela, penyakit kikir akan dicampakkan (dalam hati), dan peperangan akan banyak terjadi". (Shahih Muslim, Kitab Al-Ilm, Bab Raf'i Al-Ilm 16 : 222-223)

Ibnu Baththal berkata : "Tanda-tanda akan datangnya kiamat yang dikandung
dalam hadits ini telah kita lihat dengan jelas, yaitu ilmu tentang Ad-Din
telah berkurang, kebodohan merajalela, penyakit kikir telah dicampakkan dalam
hati banyak orang, fitnah merajalela, dan peperangan banyak terjadi". (Fathul
Bari 13:16)
Al-Hafizh Ibnu Hajar mengomentarinya demikian : "Yang nampak, bahwa di
antara tanda-tanda tersebut yang disaksikannya itu memang banyak terjadi di
samping adanya keadaan yang merupakan kebalikan dari itu. Dan yang dimaksud oleh
hadits tersebut ialah dominannya hal-hal itu sehingga tidak ada yang tidak
demikian melainkan sangat jarang. Inilah yang ditunjuki oleh hadits dengan
ungkapannya 'dihilangkan ilmu (Ad-Din)', maka yang tinggal hanyalah
kebodohan. Namun hal ini tidak mencegah kemungkinan adanya segolongan ahli ilmu,
karena pada waktu itu golongan tertutup di tengah-tengah masyarakat yang jahil
tentang ilmu Ad-Din". (Fathul-Bari 13:16)
Dan penghapusan ilmu Ad-Din ini ialah dengan kematian para ulamanya.
Dalam hadits yang diriwayatkan dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash Radhiyallahu 'anhu,
ia berkata : saya mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam
bersabda :
    "Artinya : Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu (tentang Ad-Din) dengan serta merta dari hamba-hamba-Nya, tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan para ulama. Sehingga apabila tidak ada lagi orang yang alim (mengerti tentang Ad-Din), maka orang-orangpun mengangkat pemimpin-pemimpin yang jahil, lantas mereka ditanya, kemudian memberikan fatwa tanpa berdasarkan ilmu, sehingga mereka sendiri sesat menyesatkan (orang lain)". (Shahih Bukhari, Kitab Al-Ilm, Bab Kaifa Yuqbadhu Al-Ilm 1:94, Shahih Muslim, Kitab Al-Ilm, Bab Raf'i Al-Ilm wa Qabdhihi wa Zhuhuri Al-jahl wa Al-Fitan 16: 223-224)

Imam Nawawi berkata : "Hadits ini menjelaskan bahwa yang dimaksud dengan
mencabut ilmu (sebagaimana yang tersebut dalam hadits-hadits di muka secara
mutlak) bukanlah menghapuskannya dari dada (hati) para penghafalnya. Tetapi,
yang dimaksud ialah dengan matinya para pemilik ilmu tersebut. Lantas manusia
mengangkat orang-orang yang jahil untuk menghukum (menetapkan dan memutuskan
hukum) dengan kejahilannya sehingga mereka sendiri sesat dan menyesatkan orang
lain". (Syarah Muslim 16:223)
Yang dimaksud dengan ilmu di sini ialah ilmu tentang Al-Qur'an dan As-Sunnah,
yaitu ilmu yang diwarisi dari para Nabi, karena para ulama adalah pewaris (yang
mewarisi) para Nabi. Dengan lenyapnya para ulama maka lenyap pulalah ilmu
(tentang Al-Qur'an dan As-Sunnah). Sunnah mati, bid'ah-bid'ah bermunculan, dan
kejahilan merajalela. Adapun ilmu tentang keduniaan, maka ia semakin bertambah
dan ia bukan yang dimaksud dalam hadits-hadits tersebut. Persepsi ini didasarkan
pada sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam :
    "Artinya : Lalu mereka ditanya, lantas mereka memberi fatwa tanpa berdasarkan ilmu, sehingga mereka sesat dan menyesatkan orang lain".

Sedang kesesatan itu hanya terjadi karena kejahilannya terhadap Ad-Din
(agama). Dan ulama yang sebenarnya ialah ulama yang mengamalkan (menerapkan)
ilmu dan mengarahkan dan menunjukkan umat ke jalan yang lurus dan petunjuk.
Karena ilmu tanpa amal itu tidak ada faedahnya, bahkan menjadi bencana bagi
pemiliknya. Dan disebutkan dalam Shahih Bukhari dengan lafal:
    "Artinya : Dan amal pun berkurang". (Shahih Bukhari, Kitab Al-Adab, Bab Husnil Khuluq was-Sakha' wa Maa Yukraha min Al-Bukhl 10:10; 456)

Sejarawan Islam, Imam Adz-Dzahabi, setelah menyebut segolongan ulama, beliau
berkata, "Dan mereka tidak diberi ilmu melainkan hanya sedikit. Dan
sekarang tidak ada yang tersisa dari ilmu-ilmu yang sedikit itu melainkan
sedikit sekali yang ada pada orang yang jumlahnya sedikit. Alangkah sedikitnya
orang yang mengamalkan ilmu yang sedikit itu. Semoga Allah mencukupi kita, dan
Dia-lah sebaik-baik Pengurus". (Tadzkiratul-Huffazh 3: 1031)
Kalau keadaan pada zaman Imam Adz-Dzahabi saja demikian, maka bagaimana lagi
dengan zaman kita sekarang ini ? Sesungguhnya semakin jauh zaman itu dari zaman
kenabian maka semakin sedikitlah ilmu tentang Al-Qur'an dan As-Sunnah dan
semakin banyak kebodohan. Karena, para sahabat Radhiyallahu anhum adalah
orang-orang yang paling mengerti di kalangan umat ini, kemudian para tabi'ut
tabi'in, dan mereka inilah sebaik-baik generasi sebagaimana disabdakan
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.
    "Artinya : Sebaik-baik manusia ialah generasiku, kemudian orang yang sesudah mereka, kemudian orang yang sesudah mereka lagi". (Shahih Muslim, Kitab Fadhail Ash-Shahabah, Bab Fadlish Shahabah Radhiyallahu anhum Tsumma Al-Ladzina Yaluunahum 16: 86)

Ilmu tentang Ad-Din itu akan senantiasa berkurang dan kebodohan akan
senantiasa bertambah, sehingga orang tidak tahu lagi apa-apa yang difardhukan
oleh Islam. Hudzaifah Radhiyallahu 'anhu meriwayatkan, katanya : Rasulullah Shallallahu
'alaihi wa sallam bersabda :
    "Artinya : Akan hancur Islam ini seperti hancurnya kain yang telah usang, sehingga tidak diketahui orang lagi apa itu puasa, apa itu shalat, apa itu ibadah haji, dan apa itu zakat. Dan terbangkanlah Kitab Allah pada suatu malam, sehingga tidak ada lagi yang tinggal di bumi satu ayat pun, dan tinggallah beberapa golongan manusia laki-laki dan wanita yang telah berusia lanjut dan lemah, yang berkata. 'Kami dapati bapak-bapak kami dahulu mengucapkan kaimat ini : Laa Ilaaha Ilallah, maka kami mengucapkan kalimat ini".

Maka Shilat (salah seorang perawi hadits ini) bertanya kepada Hudzaifah,
"Apa gunanya Laa ilaaha illallah kalau mereka tidak tahu lagi apa itu
shalat, apa itu puasa, apa itu haji, dan apa itu zakat ? Lalu Hudzaifah
berpaling tidak menjawabnya. Kemudian Shilat menanyakan lagi sampai tiga kali,
dan Hudzaifah pun selalu berpaling, dan pada kali yang ketiga itulah Hudzaifah
menjawab : "Wahai Shilat, kalimat Laa ilaaha illallah ini akan dapat
menyelamatkannya dari api neraka". Demikian diucapkan oleh Hudzaifah
sebanyak tiga kali. (Sunan Ibnu Majah, Kitab Al-Fitan, Bab Dzahabi Al-Qur'an
wa Al-Ilm 2 : 1344-1345, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak 4:473, dan dia berkata,
"Ini adalah hadist shahih menurut syarat Muslim, hanya saja beliau berdua (Bukhari
dan Muslim) tidak meriwayatkannya". Dan Adz-Dzahabi menyetujui pendapat Al-Hakim.
Ibnu Hajar berkata. "Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dengan sanad yang kuat".
Fathul-Bari 13:16. Dan Al-Bani berkata : "Shahih". Shahih Al-Jami'
ASh-Shaghir 6:339, hadits nomor 7933)
Abdullah bin Mas'ud Radhiyallahu anhu berkata. "Sungguh Al-Qur'an akan
dicabut dari kalian, yaitu ia akan diterbangkan pada suatu malam, hingga ia
lenyap dari hati manusia dan tidak ada lagi yang tinggal di muka bumi". (Riwayat
Thabrani, dan perawi-perawinya adalah perawi-perawi shahih, kecuali Syaddad bin
Ma'qil, dan dia adalah orang kepercayaan
. Majmu'uz Zawaid 7: 329-330. Ibnu
Hajar berkata. "Riwayat ini sanadnya shahih, tetapi mauquf. Fathul-Bari
13:16". Saya (Yusuf bin Abdullah) berkata. "Isi riwayat seperti ini
tidak mungkin diucapkan berdasarkan pikiran semata-mata, karena itu dihukum
marfu".)
Ibnu Taimiyah berkata. "Al-Qur'an akan diterbangkan pada malam hari dari
mushaf-mushaf dan dari dalam hati pada akhir zaman, maka tidak ada satu pun
kalimat yang tertinggal dalam dada, dan tidak ada satu huruf pun yang tertinggal
dalam mushaf-mushaf". (Majmu Fatawa Ibnu Taimiyah 3: 198-199)
Dan yang lebih besar lagi dari ini ialah akan tidak disebut-sebut lagi lafal
Allah di muka bumi. Hal ini sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadits dari
Anas Radhiyallahu 'anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam
bersabda.
    "Artinya : Tidak akan datang kiamat sehingga di muka bumi tidak diucapkan lagi lafal Allah". (Shahih Muslim, Kitab Al-Iman, Bab Dzahaabil Iman Akhiruzzaman 2:17

Ibnu Katsir berkata : "Terdapat dua pendapat mengenai makna hadits ini,

yaitu :
  1. Maknanya, bahwa tak ada lagi orang yang mengingkari kemungkaran dan
    melarang orang lain melakukannya. Pengertian ini diambil dari sabda beliau :
    ".... sehingga tidak ada lagi diucapkan Allah, Allah".
    sebagaimana pula yang tertera dalam hadits Abdullah bin Amr : "Maka
    pada waktu itu hanya tinggal orang-orang bodoh yang tidak mengerti kebaikan
    dan tidak mengingkari kemungkaran". (Musnad Ahmad 11:181-182 dengan
    syarah Ahmad Syakir. Beliau berkata. "Isnadnya shahih". Mustadrak
    Al-Hakim 4: 435, dan beliau berkata. "Ini adalah hadits shahih menurut
    syarat Syaikhani (Bukhari dan Muslim) apabila Al-Hasan mendengarnya dari
    Abdullah bin Amr". Perkataan Al-Hakim ini juga disetujui oleh Adz-Dzahabi)

  2. Sehingga lafal Allah tidak disebut lagi di muka bumi dan tidak lagi
    dikenal nama itu. Hal ini terjadi ketika zaman sudah rusak, nilai
    kemanusiaan telah hancur, kekafiran, kefasikan, dan kemaksiatan telah
    merajalela. (An-Nihayah fil fitan wal Malahin 1: 186 dengan tahqiq Dr
    Thaha Zain)
____________________________________________________________________________________
Disalin dari buku Asyratus Sa'ah, Pasal Tanda-Tanda Kiamat Kecil oleh
Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabil, MA. edisi Indonesia Tanda-Tanda Hari
Kiamat terbitan Pustaka Mantiq, hal. 101-105. Penerjemah Drs As'ad Yasin dan Drs
Zaini Munir Fadholi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.