Carian Daripada Blog Ini

Selasa, Mei 31, 2011

Surat Terbuka Kepada KWSP



Mohd Suhaimi bin Mohd Nizam
Sepang, Selangor
...
Rujukan Tuan : 15/2/2-0635-1

Tarikh : 27hb. Mei, 2011

Pengarah
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Bangunan KWSP, Jalan Gasing
46598 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Tuan,

PER : ARAHAN MEMBERHENTIKAN CARUMAN KWSP DAN PENUTUPAN AKAUN KWSP
NO. AHLI KWSP : 18852733

Merujuk perkara di atas serta surat pihak tuan kepada Persatuan Pengguna-Pengguna Islam yang bertarikh 12hb. Mac 2007 dirujuk.

1. Saya dengan rendah diri ingin mengajak diri saya dan tuan supaya dapat bertaqwa kepada Allah dengan mengikuti segala perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya; ingatlah segala perbuatan kita di dunia ini pasti akan disoal oleh Allah SWT di Yaumil Hisab kelak.

2. Sudah sampai ke pengetahuan saya berkenaan dengan keadaan pengurusan wang simpanan saya yang tidak mematuhi syari'ah dimana ia sekarang bertambah dari sumber yang haram dan dimurkai Allah SWT;

3. Wang simpanan saya yang pihak tuan uruskan itu akan saya gunakan untuk tujuan menampung belanja meneruskan kehidupan di hari tua jika panjang umur insyaAllah; pada waktu dimana saya akan habiskan masa dengan amal ibadah sudah tentu sangat penting wang yang saya akan gunakan untuk makan-minum itu tidak dicemari oleh sumber yang haram dan dimurkai Allah SWT;3) Memang benar ada cadangan yang mengatakan wang itu boleh di"bersih"kan dengan kaedah menginfakkan bahagian faedah terkumpul wang simpanan tersebut setelah wang itu layak dikeluarkan, saya setuju dengan cadangan ini;

4. Namun kebimbangan saya lebihnya dalam keadaan dimana wang itu tidak sempat saya keluarkan, dimana saya akan meninggal dunia dalam keadaan ada dalam harta saya sumber yang haram dan dimurkai Allah SWT; tiada jaminan pula yang keluarga saya akan membersihkannya mengikut cadangan di atas, saya akan mati dalam keadaan tersiksa dan merana selama-lamanya;

5. Di dalam kubur, saya akan berbaring seorang diri setelah keluarga dan rakan-rakan tinggalkan saya dalam liang lahad yang meruap, gelita dan sempit, saya diberitahu lubang kubur yang sempit itu boleh jadi luas, jadi taman-taman syurga tempat peraduan saya menunggu Yamil Mahsyar; atau ia juga boleh jadi lebih sempit, menghimpit rusuk saya, saya tak dibenarkan tidur menunggu Yaumil Mahsyar, malah saya akan disiksa sampai hari kiamat - lubang kubur saya akan bertukar jadi lubang neraka Naudzubillah!

6. Saya mahu ingatkan tuan supaya dapat segera melaksanakan arahan saya ini, jika tuan gagal berbuat demikian maka tuan sebagai pengurus wang haram ini akan saya pertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak dan dengan rasa takut pada Allah saya mahu ingatkan tuan bahawa azab Allah itu sangat pedih dan sangat berpanjangan Naudzubillah!

7. Dan sekiranya arahan ini bersalahan dengan Akta KWSP yang sedia ada, saya mohon dan merayu daripada pihak tuan agar dapat menukarkan simpanan saya dan majikan saya di dalam simpanan emas atau perak dan tuan boleh menyimpannya sehingga saya dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan saya tersebut pada usia yang telah dibenarkan oleh pihak KWSP. Saya tidak akan membuat apa-apa tuntutan dividen daripada pihak tuan.

Wallahu'alam, saya sudahi surat ini dengan ucapan ribuan terima kasih, Jazaakallahu khairan.

Saya yang amat berharap,

_______________________________
MOHD SUHAIMI BIN MOHD NIZAM
No. Kad Pengenalan : 8X0X2X-71-5XX5

s.k. 1. Pejabat KWSP Cawangan Bangi
2. Persatuan Pengguna-pengguna Islam Malaysia

Isnin, Mei 30, 2011

Peranan Ulama Dalam Merealisasikan Islam Agama Rahmat


Nabi Muhammad menjadi utusan di dunia ini dengan membawa rahmat ke keseluruh alam. Bukan selaku utusan biasa-biasa yang sekadar membawa risalah Tuhan dengan mengingatkan baik buruknya sesuatu. Bahkan peranannya lebih besar lagi dengan membawa khabar baik dan peringatan buat seluruh umatnya. Perutusannya tepat pada masanya tatkala Tanah Arab kala itu berada dalam kegelapan hati dalam mengenal siapakah Tuhan yang sebenar. Lantaran Tuhan tidak dikenali serta dihayati matlamat manusia untuk bertuhan, maka terjadilah perkara-perkara mungkar melingkari masyarakat Arab.
Lalu tatkala hadirnya Nabi Muhammad, seluruh alam seolah-olah kembali bersinar terang dengan cahaya petunjuk yang dibawa. Masyarakat yang sebelumnya tidak mengenal Tuhan, mula mengagungkan Tuhan dalam hidupnya. Penindasan yang bermaharajalela dalam masyarakat selepasnya menjadi aman damai dalam kerukunan. Tidak hanya bersekitar kepada keteguhan iman kepada Allah dan penumpuan ibadah semata-mata, tetapi risalah bawaan baginda itu mencakupi segala hal ehwal dunia dan akhirat.
Perjuangan dalam menyebarkan risalah islam tidak pula bersekitar di bumi Arab, bahkan melewati ke seluruh dunia merentasi benua dan bangsa manusia. Islam sebagai agama penyelamat dan menyelamatkan memberi sinar hidayah kepada seluruh manusia. Walau selepas ketiadaan baginda, misi ini tidak pula tamat bahkan berterusan sehingga ke akhir zaman menerusi peranan yang dibawa kepada para khulafa ar-rasyidinnya, khalifah-khalifah mamlukiah serta pemimpin-pemimpin islam yang seterusnya.
Namun jangan ada yang lupa, para cendiakawan Islam atau yang disebut alim ulama turut menjadi orang penting dalam memastikan islam terus berkembang dan dipegang kuat oleh umatnya. Tugas ini bukan sesuatu yang mudah namun tidak pula ia boleh dipermudahkan. Ungkapan ulama merupakan pewaris nabi memperlihatkan seolah-olah tanggungjawab itu tidak harus dipandang ringan.
Dalam situasi dunia hari ini, ulama tidak harus memperihalkan hal-hal bersekitar solat, puasa, zakat dan lain-lain perkara berkaitan ibadah. Tetapi harus lebih proaktif dalam melibatkan diri dalam perkara-perkara yang beada di luar kebiasaannya. Dengan maksud, dalam mendekati masyarakat penggunaan pelbagai strategi dan rancangan yang menarik harus diwujudkan. Sedangkan Nabi juga dulunya menggunakan pelbagai strategi dan metod dalam dakwahnya sehingga berjaya menarik pelbagai lapisan golongan untuk memeluk islam.
Sebagai kesimpulannya, para ulama dan pemimpin islam seharusnya perlu membuktikan betapa Islam itu benar-benar memberi rahmat kepada seluruh alam. Jangan kerana kerosakan masyarakat dan umatnya, ia menjadi fitnah kepada agama Islam pada hal ia merupakan agama yang syumul dalam memandu manusia kepada kehidupan yang bahagian dunia dan akhirat secara holistik.

PEMIMPIN 3 DARJAT



 

SEORANG PEMBELA PUNYA KARAMAH
YANG AKAN DATANG DI KURUN INI
PADANYA JUA DIBERIKAN BARAKAH
TIGA DARJAT YANG DIA MILIKI
KHALIFAH, MUJADDID DAN MUJTAHID
IA AKAN PASTI TIBA

KERANA RASUL PUN TELAH BERSABDA

BERITA GEMBIRA UNTUK KITA
KEDATANGANNYA MENGUBAH DUNIA
DARI KEGELAPAN KEPADA CAHAYA
DARI PENINDASAN KEPADA PEMBELAAN
DARI KEJAHATAN KEPADA KEBAIKAN
DARI PECAH BELAH KEPADA UKHUWAH
DI  WAKTU ITU KEZALIMANKAN MUSNAH

AHLI AGAMA BERJAWATAN RASMI

PEROSAK AGAMA DI ATAS AGAMA
MEREKA AKAN SEDAR DIRI
ATAU MENERIMA HUKUMAN ILAHI
KERANA KESALAHAN MEREKA

DI WAKTU ITU DUNIA INI
SEGALANYA AKAN BERUBAH
SEGALA RAHSIA AKAN TERBONGKAR
TAKKAN DAPAT LAGI BERPURA-PURA
KERANA IA AKAN TERJADI
IA AKAN PASTI TIBA 



Sabtu, Mei 28, 2011

Setiap Umat Pernah Didatangi Nabi

Assalamualaikum.

Mohon 1000 kemaafan kepada pelawat2 yang x jemu2 menziarahi blog saya ni. Saya terpaksa akui selama 2 minggu kebelakangan ini situasi saya agak kurang baik dengan bebanan tugasan kerjaya di samping tekanan terhadap pengajian saya. Idea di kepala memang banyak, tapi nak mulakan penulisan punya la payah kerana dalam masa sama saya juga sedang dalam proses untuk memulakan penulisan ilmiah (research) sarjana saya.

Untuk itu di sini ingin saya kongsikan sebuah artikel yang terus terang saya katakan saya ambil untuk pengetahuan kita semua. Mungkin idea ini boleh menjurus kepada konflik di akal lantaran ia adalah sesuatu yang di luar jangkauan, namun pada saya tak salah untuk kita membuka minda untuk mencerna akal dan hati kepada sebuah maklumat baru, yang mungkin dapat membuka ruang di fikiran kita untuk lebih berfikir secara kritis dan analitikal. Jadi, terimalah untuk kali ini;

Setiap Umat Pernah Didatangi Nabi


_________________________________________________________________________

Tuan-puan semua...
setiap bangsa di dunia ini pernah didatangi Nabi...
dan ingat...
tidak semua Nabi direkodkan di dalam Al-Quran...
peganglah kata2 kami ini ye....kerana apa ?

Kerana Allah itu Maha Adil...
mari sini anak-anak cucu-cucu ku sekalian alam...
mari sini atuk nak bercerita SEJARAH TAMADUN DUNIA...
mari sini rapat2...
========================================
Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran...
agar kamu menerangkan kepada umat manusia...
apa yang telah diturunkan kepada mereka...
dan supaya mereka memikirkan dengannya !!!
(Al-Quran, An-Nahl, Ayat 44)

Sesungguhnya...
Allah tidak berbuat Zalim kepada manusia sedikitpun...!!!
akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri sendiri...!!!
[Al Quran]
[Surah Yunus]
[Ayat 44]

Al-Quran itu...
tiada lain hanyalah peringatan,
bagi seluruh penghuni alam semesta !!!
(Al-Quran, Al-Takwir, Ayat 27)

Dan...
Tiada 1 umat pun...
melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan...!!!
[Al Quran]
[Surah Faathir]
[Ayat 24]
========================================

Setiap tamadun gemilang (yang di dalamnya penuh dengan soSIAL),
PASTI pernah didatangi sekurang2nya seorang Nabi !!!
setiap tamadun yang mempunyai kerosakan akhlak,
tidak Allah sewenang2nya memBALAkan penduduk itu,
sebelum dikirimkan kepada mereka,
seorang pemberi peringatan dari kalangan mereka sendiri.

Tuan-puan sekalian,
kami ingin katakan di sini,
setiap nabi menyampaikan ajaran yang sama sahaja,
iaitu TAUHID (berserah kepada Allah yang 1)
Tuhan itu 1 tiada 2 dan tidak sama dengan yang baru,
tuhan tidak boleh disamakan dengan makhluk,
tuhan tidak boleh disamakan dengan jasad2 alam semesta...
apakanlagi terikat dengan ruang & masa,

Tuan-puan...
Inilah mesej2 yang sama sahaja setiap Nabi sampaikan,
termasuklah Nabi Adam kepada anak2nya (batch pertama...)
dan sebelum kemangkatan Adam...
sehinggakan anak2nya yang telah berkembang pesat maju
ketamadunannya...
telah mula hilang panduan hidup mengenal tuhan yang 1,
kerana lalai dengan nikmat dunia,
salah 1 nya ialah nikmat teknologi...
kerana itulah...
Idris diangkat statusnya menjadi Nabi berpangkat Rasul,
untuk memberi salam peringatan pada umat tamadunnya
yang semakin canggih tapi terlalu soSIAL...
ketamadunan umat Idris telah menjadi semakin hebat,
dan kemuncaknya sehingga bertembung dengan era Nuh...
Nuh telah dipilih menjadi 1 lagi nabi berpangkat Rasul
untuk memberi salam peringatan kepada tamadunnya...
dan...
mesej2 nasihat yang sebelum ini disampaikan Idris,
hanya tinggal beberapa kelompok sahaja yang mengikutinya,
maka menjadi tanggunjawap Nuh lah memberi peringatan terakhir,
kerana umat baginda diancam BALA yang super Maha Besar...
tetapi bala itu Allah tahankan kerana Allah taknak turunkan pun...
sebab apa...???

Sesungguhnya...
Allah tidak berbuat Zalim kepada manusia sedikitpun...!!!
akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri sendiri...!!!
[Al Quran]
[Surah Yunus]
[Ayat 44]

Tetapi memandang umat Nabi Nuh amat menderhaka,
dan mengejeknya membina kapal terbesar di dunia,
dan berfoya2 & beromen2 sambil mengacah2 Nuh...
dan bertanya bila nak sampai BALA nya itu ???
dan bertambah pelik lagi...
Nuh & kawan2nya yang tidak bangsawan lagi miskin itu,
membuat kapal MEGA di atas daratan yang jauh dari laut,
hari ini boleh lah anda katakannya sebagai KERJA ORANG GILA,
kerja bodoh lagi SENGAL dan buang beras current aje...

...itu sebab selama ini kami pesan kepada anda semua,
bila baca kiriman2 kami,
baca dengan mata hati...
ok...berbalik2...

Cacian demi sindiran diterima,
Nuh diacah2 dengan BALA...
Allah sendiri takmau turunkan bala kerana prinsip Allah ialah:
Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Tapi sayang 1000 kali sayang...
Nabi Nuh tak seperti Nabi Muhammad....
Nuh telah menggunakan keMAKBULan daulatnya,
dan menggunakan satu2nya keramah & syafaat
yang sepatutnya boleh beliau gunakan di padang Mahsyar,
tapi telah digunakan lebih awal di alam dunia...
lebih menyedihkan...
keMAKBULan keramatnya digunakan untuk menghapuskan
kaumnya sendiri...
Doa Nabi Nuh serta merta dimakbulkan...

Sesungguhnya...
Allah tidak berbuat Zalim kepada manusia sedikitpun...!!!
akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri sendiri...!!!
[Al Quran]
[Surah Yunus]
[Ayat 44]

Dan anda sendiri boleh tahu apa kesudahannya bukan ???
=========================================

Apakah benar setiap bangsa2 dunia ini pernah didatangi Nabi,
jawapan kami,
ya MEMANG BENAR !!!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dan...
Tiada 1 umat pun...
melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan...!!!
[Al Quran]
[Surah Faathir]
[Ayat 24]
+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sebagai contoh...
Tamadun Cina...
Tamadun Cina merupakan antara tamadun yang sopan & santun,
penuh dengan undang-undang dan hidup masyakatnya penuh
sistematik seperti juga bangsa Melayu (yang akan kami ceritakan)...
Sekiranya anda meneliti sejarah Dinasti Cina,
banyak ilmuwan2 mereka adalah manusia2 yang tiada tandingan,
setiap kata2 ilmuwan mereka dijadikan rujukan undang2...
malahan telah diKITABkan di atas kepingan buluh2...
sehinggakan hidup bangsa cina rukun & damai,
tak ubah seperti model negara Islam berkhalifah...
Sekiranya anda mendalami ajaran Buddha & Tao,
ada konsep TAUHID yang diajarkan oleh semua nabi2...
iaitu Tuhan itu 1...
hasil kajian kami mendapati,
Buddha adalah nama seorang Nabi,
tapi tidak dipastikan baginda berpangkat Rasul atau tidak...
ajaran Buddha amat2 menitik beratkan mengenal tuhan
dan melempiaskan keadilan kepada semua makhluk2...
ajaran Buddha mempunyai susurgalur dengan Hindu...
dalam kitab Hindu bahasa sanskrit yang asal...
ada menceritakan tentang kisah Ibrahim dan anak2nya...
dan lebih hebat lagi...
di dalam kitab VEDA mempunyai nama Nabi Muhammad,
dan 10 sahabat nabi yang dijamin masuk syurga...
juga terdapat dalam kitab Hindu itu
(cuma nama sahaja lain, tapi MAKNA sama...)
dan tuan-puan sekalian...
untuk menjadi ulamak2 Hindu...
mereka perlu belajar bahasa sanskrit...
siapakah raja bahasa SANSKRIT ???
kepada siapakah bahasa itu perlu dituntut...
jawapannya BANGSA MELAYU di hujung dunia...
Bahasa Kerabat Raja-Raja Dunia...

Tahukah anda...
semua candi2 dan borobudur2 di seluruh dunia ini,
hampir sama sahaja binaannya dengan seni Melayu,
anda boleh perhatikan binaan candi2 oleh Tamadun Aztech & Maya,
Kemboja, Vietnam, Sumatera, di jawa,
semuanya mempunyai seni tunggal yang sama,
cuma ukirannya sahaja berbeza (sebagai identiti tempatan)

Candi2 yang dibina ini kalau anda perasan,
akan dibina mengadap ke arah barat,
lebih tepat lagi kami katakan ke arah KIBLAT...
dan ini termasuklah piramid GIZA di Mesir,
juga binaannya mengadap Kiblat...
tahukah anda...
binaan2 ini adalah bangunan2 ibadat untuk sembah Tuhan yang 1.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dan...
Tiada 1 umat pun...
melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan...!!!
[Al Quran]
[Surah Faathir]
[Ayat 24]
+++++++++++++++++++++++++++++++++++


Tuan-puan...
ajaran nabi2 kalau tidak direkodkan dengan baik,
akan terpesong akibat perjalanan masa...
ajaran menjadi ibadat...
ibadat menjadi amalan...
amalan menjadi budaya...
budaya menjadi upacara...
bulan berganti tahun...
tahun berganti beratus2 tahun...
sejarah menjadi mitos...
mitos menjadi lagenda...
dan akhirnya...
manusia berpangkat Nabi itu tadi,
dibinakan oleh pengikutnya sebuah patung sebagai kenang2 an...
untuk dihormati dari zaman ke zaman...
zaman berubah menjadi ribuan tahun...
patung yang dibina disembahnya pula...
itulah yang terjadi kepada banyak agama2 dunia,
seperti BUDDHA & HINDU...
dan tidak terkecuali agama Nabi Isa...
juga dibinanya patung Mariam & patung Isa....
fikir2kan tuan-puan...
jarak Nabi Isa & Nabi Muhammad hanya 600 tahun ++ sahaja,
tetapi pengikutnya hari ini telah binakan patung untuknya...

Kenapa ajaran Nabi Muhammad boleh kekal sampai sekarang ?
sebabnya ada rekod Hadis...
itulah bezanya...


Setiap Nabi & Rasul membawa ajaran tauhid...
dan setiap tauhid adalah ISLAM...
hanyasanya pada zaman Muhammad sahajalah,
ajaran yang dibawa baginda nabi, telah Allah namakan sebagai ISLAM...
ini dibuktikan dengan FIRMAN berikut:

++++++++++++++++++++++++++++++++
"...Pada hari ini Aku sempurnakan bagimu agamamu,
dan Aku cukupkan nikmatKu untukmu,
dan Aku redho Islam menjadi agamamu..."
[Al-Quran]
[Surah Al-Maidah]
[Ayat 3]
++++++++++++++++++++++++++++++++

Bagaimana dengan Tamadun Melayu ???
Bagaimana dengan Tamadun Aztech ???
Bagaimana dengan Tamadun Maya ???
Bagaimana dengan Tamadun Pyramid Bosnia ???
Pernahkah tamadun mereka pernah disinggahi Nabi ???
Jawapannya = YA, bahkan 100%


Sebab apa:


POINT 1:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
Mengembaralah kamu di planet bumi...
kemudian perhatikanlah...
bagaimana akibat buruk yang menimpa...
orang-orang yang mendustakan Rasul-rasul itu...!!!
[Al Quran]
[Surah Faathir]
[Ayat 24]


POINT 2:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dan...
Tiada 1 umat pun...
melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan...!!!
[Al Quran]
[Surah Faathir]
[Ayat 24]
+++++++++++++++++++++++++++++++++++


Tuan-puan semua...
tidak semua Nabi direkodkan nama2nya di dalam suhuf & kitab...
sedangkan...
4 kitab utama yang diturunkan dari Allah melalui Jibril kepada Rasul,
telah diturunkan 3 darinya dalam bahasa Hebrew (bahasa Yahudi),
1 darinya dari bahasa Arab...
(dari sini anda kena fikir panjang...,
adakah anda dilatih oleh ulamak sekitar anda untuk berfikir dulu,
sebelum telan bulat2 ???)
* tak ramai ulamak sebenarnya nak cerita benda2 ni...


Pointnya apa ???
pointnya ialah...
Dalam banyak2 nama Rasul dalam Al-Quran,
25 darinyalah yang kita kena hafal...
tetapi...
tidakkah anda tahu,
jumlah Nabi berpangkat Rasul = 313 orang lelaki
sedangkan...
jumlah Nabi = beribu2 orang lelaki (pada setiap tamadun)
dan...
Muhammad adalah penutup bagi (semua Nabi & Rasul)


Oleh itu,
menggunakan konsep penciptaan Allah terhadapa makhluk,
iaitu
Al-Rahman & Al-Rahim
ke manakah perginya saki baki beribu2 orang Nabi itu ???
adakah semua Nabi2 yang Allah pilih di kalangan orang lelaki,
hanya ditimbulkan di bumi ARAB ???
jawapannya = TIDAK !!!
kerana apa...
sebab sekiranya Allah turunkan semua nabi2 di 1 benua sahaja,
maka tiadalah keadilan bagi manusia di kawasan lain,
dan oleh itu...
manusia di kawasan itu boleh CLAIM & tuntut di padang Mahsyar,
sebab diorang tak diberikan peringatan...
tapi sayang 1000 kali sayang...
bukankah ALLAH MAHA PENYAYANG ?


========================================
Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran...
agar kamu menerangkan kepada umat manusia...
apa yang telah diturunkan kepada mereka...
dan supaya mereka memikirkan dengannya !!!
(Al-Quran, An-Nahl, Ayat 44)


Sesungguhnya...
Allah tidak berbuat Zalim kepada manusia sedikitpun...!!!
akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri sendiri...!!!
[Al Quran]
[Surah Yunus]
[Ayat 44]


Al-Quran itu...
tiada lain hanyalah peringatan,
bagi seluruh penghuni alam semesta !!!
(Al-Quran, Al-Takwir, Ayat 27)


Dan...
Tiada 1 umat pun...
melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan...!!!
[Al Quran]
[Surah Faathir]
[Ayat 24]
========================================

Ingat klu kami ini...
semua binaan2 pyramid...
adalah dibina oleh orang yang sembah ALLAH,
tetapi umatnya yang selepas itulah menggantikannya dengan
upacara syirik...
termasuklah candi2 & diisinya candi2 itu dengan patung2 & berhala,
dan tidak terkecuali...
bangunan Kaabah,
Kaabah asalnya dibina oleh seorang Nabi & anaknya...
lihatlah sejarah...
Kaabah pernah dimasukkan patung2 berhala di dalamnya bukan ?
betul tak tuan-puan ?
Kerana Nabi Muhammad Rahmat Alam Semesta,
segala2nya telah berubah & bersih...
patung2 berjaya dikeluarkan dari Kaabah...
tapi bagaimana dengan pyramid2 dan candi2 ???
ya...
nasib mereka tak berubah,
sebab dikuasai kafir dan kekallah di dalamnya kubur2 dan patung2...
makanya...
kekallah candi2 dan tugu2 tamadun2 silam
kekal di dalamnya ada patung2 buddha (oleh pengikut2 yang terpesong)
dan sejarah yang benar akhirnya dipalsukan...
maka dituduhnyala manusia2 silam ramai yang kafir
sebab sembah patung & berhala...
soalan bonus untuk tuan-puan...
sebelum kedatangan ajaran Tauhid daripada Nabi Muhammad
melalui sahabat2nya yang belayar ke Nusantara,
adakah anda yakin 100% bahawasanya seluruh penduduk Nusantara & China,
benar2 100% menyembah berhala ????????????????????????????
anda yakin dengan jawapan anda ?????????????????????????????
kalau anda yakin,
di manakah anda hendak campak agama HANIF Nabi Ibrahim ?
anda kenal siapa Keturah ???
carilah sampai dapat...
telah kami ceritakan dalam ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU.

Ini belum lagi kami nak cerita tamadun Azazil sebelum jadi Iblis.
Belum lagi nak cerita Tamadun Jin dan pertemuan dengan Nabi...
siapa lagi kalau bukan Nabi Muhammad pemimpin alam semesta kita...

Inilah sejarah dunia tuan-puan...
banyak lagi yang korang tak tahu sebenarnya...
tapi boleh jadi juga,
apa yang anda tahu...
tak pula kami tahu...
tapi bukankah apa yang kami bagitau ini...?
tidak seperti respon2 negatif anda pula...
kerana apa ye,
kerana kami membuat PENCERAHAN pada dunia dengan Bahasa MELAYU,
sedangkan anda diPANCARkan...
walaupun yang sedang dipancarkan,
sentiasa memantulkan...
bersama2lah kita NASIHAT-MENASIHATI.

Jadilah pemuda-pemudi Surah Al-Asr.
Nota:
apa yang diceritakan di atas,
insya Allah tidak mensyirikkan...
tetapi kerana pengetahuan SEJARAH TAMADUN MANUSIA & JIN lah,
sepatutnya menyebabkan anda menjadi MUSLIM yang hebat,
menjadi Mukmin pula,
dan menambahkan iman pula....
bukan bertanyakan soalan2 yang menjatuhkan maruah seseorang...

...Tunjukkan kepada ku jalan yang lurus...
[ Al-Quran ]
[ Surah Al-Fatihah ]
[ Ayat Ke - 6 ]

...Dan kepada Allah jualah...
tertentunya urusan memberi panduan...
yang menerangkan jalan yang lurus...
dan di antara jalan-jalan yang dituju...
ada yang terpesong dari kebenaran...
dan jika Allah kehendaki,
tentulah Allah memberi petunjuk kepada kamu semua. !!!
[ Al-Quran ]
[ Surah Al-Nahl ]
[ Ayat Ke - 9 ]

...Jika kamu sangat mengharapkan...
agar mereka dapat petunjuk,
maka sesungguhnya Allah tiada memberi petunjuk
kepada orang yang diSESATkan-Nya,
dan sekali-kali mereka tiada mempunyai penolong !!!
[ Al-Quran ]
[ Surah Al-Nahl ]
[ Ayat Ke - 37 ]

...cahaya berlapis cahaya...
Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya...
kepada NUR hidayahNya itu...
dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal bandingan...
untuk umat manusia...
dan Allah Maha Mengetahui akan setiap sesuatu !!!
[ Al-Quran ]
[ Surah Al-Nur ]
[ Ayat Ke - 35 ]

==========================
BUT YET MANY OF YOU ALWAYS DENY !!!
==========================


Wassalam.
19 January 2011
Rabu
12:25 malam
(Waktu Langkasuka, Seri Berjaya, Tanah Melayu)

Free Counter

Ahad, Mei 15, 2011

PENGARUH GURU DALAM MENJANA TRANSFORMASI



Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara menjadi tema kepada sambutan Hari Guru bagi tahun 2011. Melihat kepada tema ini seakan-akan memperlihatkan guru itu berperanan besar kepada Negara.  Ya, sememangnya guru berperanan besar dalam menjadi perantaran antara pihak kerajaan dan masyarakat. Sifatnya sebagai ejen yang berada di tengah-tengah masyarakat menjadi mudah untuk menerapkan dan menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada seluruh rakyat.
Mengambil contoh mudah, seorang anak yang ditegur ibu bapanya semasa menyiapkan kerja sekolah, si anak tetap mempertahankan apa yang diperolehi daripada gurunya di sekolah, sedangkan mungkin ibu bapanya juga adalah seorang guru. Jadi, maksudnya, segala kata-kata guru menjadi kepercayaan orang sehingga apa yang lahir dari mulutnya dianggap semuanya benar.
Betapa hebatnya kuasa seorang guru yang dapat mempengaruhi masyarakat. Maka daripada seorang ejen guru menjadi penjana transformasi pendidikan yang berlaku. Sama ada guru suka atau tidak dengan transformasi yang dilakukan ia bukan soal utama. Situasi dirinya sebagai orang kerajaan membuatkan guru tidak punya pilihan selain berperanan dalam memastikan segala mesej-mesej kerajaan terutamanya dalam aspek pendidikan sampai kepada sasaran.jelas menunjukkan kerjaya guru ini melampai sempadan. Tidak sahaja mengurus bilik darjah dan melaksanakan pengajaran & pembelajaran di kelas, tetapi tanggungjawabnya yang menjadi alat menyampaikan mesej kerajaan terlaksana secara langsung atau tidak di dalam situasinya sebagai guru yang terbelenggu dengan pelbagai tugas di luar bilik darjah.
Tetapi sebenarnya adalah tidak adil mempergunakan guru-guru tanpa pembelaan sewajarnya. Maksudnya keperluan untuk memenuhi kehendak guru perlu ada. Walaupun mereka adalah orang bawahan, tetapi status mereka sebagai guru itu kelihatan lebih tinggi sedkit tarafnya di tengah-tengah masyarakat. Suara keluh kesah yang timbul harus didengari. Setiap masalah yang diadu perlu diteliti dan diambil perhatian wajar. Sudahlah mempergunakan tenaga dan idea guru semaksimanya, takkan pula bila mana ada isu yang membabitkan keperluan guru semuanya ditolak tepi. Jika kerajaan meneydari betapa pentingnya peranan guru kepada mereka, sesuatu harus dilakukan supaya ia mendatangkan faedah dikedua-dua belah pihak.
Diharapkan bersempena dengan sambutan Hari Guru buat kali ke-40 bagi tahun 2011 pihak kerajaan dapat memberikan berita gembira buat seluruh warga pendidik di seluruh negara. Kepada guru-guru, pastikan niat anda masih jelas dan lurus dalam memastikan status guru itu relevan untuk dimuliakan oleh semua pihak. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.  

Khamis, Mei 12, 2011

PERINGATAN KEPADA ANDA SUPAYA LEBIH BERHATI-HATI

Jawab telefon dengan telinga  KIRI                     
cid:1.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com
Jangan minum kopi  DUA KALI sehari
 cid:2.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com

Jangan telan pil ubat dengan air  SEJUK
 cid:3.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com
Jangan makan  BANYAK makanan selepas 5 petang
 cid:4.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com
Kurangkan minum TEH
 cid:5.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com
Kurangkan makan makanan yang Berminyak
cid:6.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com 
Minum banyak  AIR waktu pagi,kurangkan waktu malam 

cid:7.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com
Jauhkan diri dari CHARGER telefon
cid:8.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com 
Jangan guna headphones/earphone untuk masa yang LAMA
 cid:9.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com
Masa tidur yang terbaik dari10 malam - 6 pagi
cid:10.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com 
Jangan terus baring bila ambil ubat sebelum tidur
 cid:11.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com
Bila bateri telefon lemah  LAST grid/bar, jangan jawab telefon kerana radiasi 1000 kali lebih kuat
ˆcid:12.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com 
Hantar pesanan ini kepada orang yang anda Sayangi

Selasa, Mei 10, 2011

SOAL-JAWAB TEKA-TEKI AKHIR ZAMAN


Assalamualaikum... pada entry kali ini saya ingin berkongsi satu artikel soal jawab yang saya utarakan kepada seseorang (mungkin organisasi) terhadap pelbagai isu yang boleh dikatakan hangat dan ‘menakutkan’. Mungkin soalan-soalan ini tidak pernah terlintas di fikiran dan mungkin juga ada hal yang meragukan timbul dalam hati namun tidak pula ditemukan jawapannya. Maka di sini terdapat beberapa soalan yang saya timbulkan telah dijawab dengan baik. Kalau puan jawapan itu dirasakan tidak memenuhi kehendak hati atau juga bakal menimbulkan kontroversi dan konflik maka saya rasa ia tidaklah menjadi hal kerana tatkala setiap persoalan tentu ada jawapan. Mahu menerima atau tidak, itu belakang kira. Waalahu a’lam.

1-adakah kematian osama bin laden telah ade signalnye spt kejadian2 dasyat lain, dan apekah impaknye ke atas dunia sepeninggalannya?
kematian "Obama" Bin Laden sudah pasti mewujudkan karektor baru yang akan menyebabkan Israel bakal meluaskan petanya sehingga tertunai sudah keluasan yang sama dalam kitab Talmut dalam pelbagai2 asbab2 yang perlu direka untuk ke arah itu.

2-apakah pandangan DE terhadap prema SAI... BABA yg dikatekan punyai kehebatan luar biasa, adekah beliau ini salah satu watak yg berperanan dalam kemunculan tanda2 akhir zaman, apakah peranannya?
Sai Baba adalah salah 1 karektor kecil Dajjal sebelum muncul
Al-Masih Dajjal yang sebenar. (sila study Dajjal2 kecil sebelum tibanya dajjal sebenar)

3-dalam banyak2 info n 'amaran' yg dikeluarkan oleh DE, kelihatan seolah2 dunia ni makin haru-biru dr pelbagai sudut sehngga seolah2 mgkin al-masih dajjal, nabi isa n al-mahdi akan muncul dalam masa terdekat, sedangkan ramai yg merasakan kita espcially d malaysia situasinya masih aman damai?
3) ulamak di sekitar Nusantara sampai ke hari ini masih membisu tentang situasi signal tanda2 besar akhir zaman, lebih2 lagi yang berkait rapat dengan KERINGNYA TASIK GALILEE.
(sila study peranan ulamak yang Nabi cemuh...)
Nota: bukan semua ulamak bersikap begitu, tinggal lagi mereka ni terlampau berhati2,
sehingga ke tahap signal terbesar yang Allah hadirkan pun mereka tetap tunggu & melihat... kami di sini terikat dengan perjanjian... oleh itu kami hanya melepaskan melalui pena maya... sebab itu kami menjemput SHEIKH IMRAN HOSEIN menjelaskannya... itupun masih diketawakan oleh ramai orang... Bak kata Sheikh... when this happen... then you will remember me.... but you will look like CATTLE !!! kapasiti kami terlalu berkuasa dalam bentuk penulisan... oleh itu hargai kewujudan kami & selagi Sheikh masih hidup ok. 
4-mendengar dan membaca 'amaran' n info2 bekaiatan akhir zaman dari DE dan sumber lain mmbuatkan saya rasa hilang mood nk kerje n belajar, terasa nk tumpukan pada amal ibadah saja...bolehkah?
belajar & kerja juga ibadat. jangan kerana signal2 yang kami hadirkan ini menyebabkan anda ibadat dan zuhud semata, islam itu luas maknanya, jalur lebarnya luas dan diri anda ada kaitan dengan masyarakat anda, boleh jadi sentuhan anda terkesan untuk beribu2 manusia lain, so, jangan ada putus asa, kerana itu adalah kunci kemasukan geng2 syaitan untuk memesongkan semangat suci awak yang asal itu...
5-ya atau tidak, pihak DE telah mgakui Pemuda Bani Tamim dan serban biru itu telah atau pernah muncul disekitar kita?
sebahagian dari Angkatan Panji xxxxxxxx dan Bani xxxxxxx telah pun sedia ada di sekitar kita, mereka hanya 1 per 13 dari batalion2 yang akan membentuk perjalanan ke barat.
NOTA:
jgn duk perasan yang 100% angkatan tentera terahsia adalah dari bangsa anda semata2, tolong study geografi perjalanan ke barat, dan study kenapa Nabi ada sebut perkataan salji.....bangsa lain juga akan melepaskan pejuang2nya yang serba mistis lagi hebat dalam perjalanan yang lama itu, jangan lupa kaum wanita ada peranan penting, study sendiri.......

6-bagaimana pandangan DE ttg fahaman wahabi d arab saudi?adekah aqidahnya lurus seperti ASWJ dan kita leh berimamkan para imam arab mekah?tidakkah dasyat peranan pengikut fa...haman wahabi yg bkejasama dgn keluarga as-saud dgn bantuan british bg menjatuhkan khilafah uthmaniah?
Wahabi adalah salah 1 fahaman yang ekstrim, namun jatuh taraf sesat itu adalah urusan Allah, samada ibadat kita sah atau tidak itu juga menjadi urusan Allah, yang penting kita tunaikan apa yang fardhu, wujudnya fahaman2 Wahabi termasuklah wujudnya 4 mahzab yang berlainan iaitu Hanafi, Hambali, Shafi'e, sunnah ke , shiah ke, tetap telah melengkap signal Nabi Muhammad berkenaan kesudahan umat baginda, iaitu apa?

"...Umat yahudi telah berpecah kepada 72 bahagian...sedangkan umatku berpecah kepada 73 bahagian, yang masuk syurga 1 bahagian sahaja, merekalah Ahlul Sunnah Wal jemaah"
NOTA: kalau anda yakin anda ahlul sunnah waljamaah, masihkah anda berpakaian seperti Yahudi ? seluar jeans tu bila nak bakor ? masih pakai tai ? kalau batuk cakap excuse me ke sebut alhamdulillah ? semua pasukan MU anda hafal pemain2nya... siapa pula 10 sahabat yang dijamin syurga... Dekat restoran anda makan dengan garpu...
bangsa anda terang2 mengikut sunnah Nabi makan pakai tangan... nak ikut Nabi ke ikut yahudi ?
(NOTA:)
- Nabi tak pernah pun suruh kita ikut mazhab mana2...

- apa yang Nabi pesan, peganglah Al-Quran & Al-Sunnah

- sekiranya anda yakin yang mazhab yang anda pegang sekarang ini, adalah ke arah apa yang Nabi pesankan, maka teruskan keyakinan anda, dan mohonlah kepada Allah anda sentiasa di jalan yang lurus.
-boleh jadi ke-empat2 Mazhab ini adalah rahmat untuk umat Islam,
supaya dapat memilih yang terbaik yang bersesuai dengan apa yang Nabi Muhammad ajarkan. [Wallahu Alam...]

7-apa respon DE terhadap gerakan jemaah al-arqam yg diwartakan sesat sejak hampir 20tahun oleh kerjaan malaysia,tidak terjejas malah masih kekal mendapat pengaruh walau tidak diuar2kan.ajaran lain yg d wartakan sesat pon x mcm ni 'degil' malah makin gah.
salah 1 peranan dan kebagusan Al-Arqam ialah pertubuhan mereka telah memanfaatkan salah 1 sifat Rasululuah iaitu AMANAH. akibat kehadiran Al-Arqam lah,
budaya pemakaian tudung telah hidup di tanah MELAYU, dan budaya memakai tudung telah dihidupkan tanpa mati, walaupun pertubuhan ini telah dimatikan !!! inilah sumbangan Al-Arqam kepada masyarakat. Another thing was... Al-Arqam pencetus gelombang ekonomi...
kerana pertubuhan ini mengamalkan sikap TABLIGH (menyampaikan), lihat saja bisnes2 yang dijalankan pertubuhan Arqam, ketika era 80 han dan 90 han... hampir semua bisnes  makanan mentah telah dikuasai secara bersiholeh anak2 Melayu bertubuhkan Al-Arqam... kehebatan ekonomi anak Melayu berpayungkan Al-Arqam telah menjadi kegerunan ratusan tauke2 cina sehinggakan bisnes mereka lingkup... ini adalah salah 1 ALTER TERAHSIA yang berjaya Al-Arqam jentik, dan menaikkan prestij Melayu dengan kebangkitan ekonomi cara Nabi. Al-Arqam sangat bagus dan hebat dalam perancangan ekonominya, banyak kebaikan yang telah ditinggalkan oleh Abuya, boleh dijadikan sumber inspirasi sebagai kebangkitan kita, kenapa pertubuhan ini HARAM dan dihapuskan oleh kerajaan Melayu? Sebabnya = Abuya claim dia adalah XXXXXXXXXXXXX (itu sahaja sebenarnya, yang lain totally OK, study please.....)

8- mgkinkah pada padangan DE UMNO n PAS akan membuang ego masing2 lalu bgabung demi sebuah perpaduan melayu+islam?jika ya, apakah faktornya untuk ke arah itu? adekah mereka mnyedari bahawa daulah islam akan tertegak kembali di bumi malaysia lalu jika ya, kenapa mereka masih ego mempertahankan prinsip memasing?
sekian saja setakat ini..berbanyak2 syukran
 
PAS & UMNO akan bergabung di suatu hari yang Allah tentukan seperti mana ikrar sebahagian dari skuad kami untuk melihat bumi ini akan disatukan di bawah payung 1 NUSANTARA. 2 ular akan bergabung menjadi NAGA SAKTI. Ini adalah satu2nya ALTER TERAHSIA yang paling Maha Besar yang dimiliki oleh anak Melayu semenanjung tanpa mereka sedar pun (kecuali anda yang telah membaca komen ini), dan kalau ALTER ini berjaya dicantumkan,  maka Dinasty yang ditunggu2 akan muncul...!!!\ (...iaitu pemimpin ke 7)
simboliknya... sehingga kanak2 yang belum melihat motor aiskrim pun tahu  yang pakcik asikrim dahnak sampai... sebab iklan muzik motorsikalnya dari jauh dah dapat didengar.... apakah faktor penggabungan mereka ?
 
- satu aje...TAAT PADA RAJA... 
- kenapa nak taat ?  
- sebab depa dah kenal siapa AHLUL BAIT  
- sape plak AHLUL BAIT ? 
- 1 keturunan Nabi yang dipelihara DNAnya 
- apa kaitan dengan Sultan2 Melayu 
- sebab raja2 anda mewarisi DNA baginda 
- sebab apa plak ? 
- sebab keturunan Ibrahim & Muhammad telah berasimilasi di sini !!! 
- so...? 
- maknanya sinar ISLAM akan benar2 hadir dari timur !!!

NOTA:
 
Dari Abdullah bin al-Haris bin Jaz-uz Zabidi RA katanya, sabda Nabi Muhammad, 
“Akan keluar orang-orang dari Timur, lalu mereka mempersiapkan untuk Imam Mahdi, yakni tapak pemerintahannya.” (Hadis Rekod Ibnu Majah) 


 

Ahad, Mei 08, 2011

FAHAMAN WAHABI: Sesat @ Sebaliknya?


Saya telah ditanya seseorang, apakah fahaman Wahabi yang asalnya muncul di Tanah Arab kini menular ke area Nusantara ini sesat atau sebaliknya? Secara umumnya kelihatan Wahabi ini salah satu pecahan fahaman dari sudut keaqidahan seperti mana adanya Islam berfahaman as-Sya'irah, al-Maturidiah dan sebagainya. Wahabi ini merupakan  fahaman yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahab di mana frasa Wahabi itu sendiri dinisbahkan kepada ayahnya di mana kewujudanya adalah untuk memurnikan kembali ajaran Islam seperti mana yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang semakin terpesong diamalkan oleh umat Islam. Jadi boleh dikatakan ia bukanlah sesuatu yang boleh merosakkan aqidah secara jelas. Namun dalam pada itu saya tetap mencari jawapan yang mudah, bernas dan jelas tentang apa sebenarnya Wahabi termasuk sejarah kemunculannya dan akhirnya melalui video ini saya telah menemukan jawapannya. Memang menarik cara dan gaya penjelasan di buat. Diharapkan agar kalian dapat menambah informasi berkaitan isu Wahabi ini bagi mengenalpasti sama ada fahaman Wahabi yang selama ini digembar-gemburkan itu sesat atau tidak. Untuk menolaknya pastikan kita mengetahui asal usulnya, malah untuk menerimanya juga pastikan ia diterima dengan ilmu. Jika selama ini kita mendapatkan maklumat melalui pembacaan, maka apa kata kita teliti video-video ini yang menjelaskannya dengan cara yang dan perkataan yang mudah difahami. Untuk makluman durasi kesemua video ini adalah selama sejam. Ambillah sedikit masa untuk mendapatkan sebuah kepastian. Selamat menonton dan semoga anda beroleh jawapannya.
 


Percaya atau tidak dengan informasi ini? Terpulanglah. Tetapi apa kata jika anda melihat video ini pula.


Atau boleh juga lihat komentar ini. Mungkin fikiran anda makin terbuka dan semakin bijak menganalisa kedudukan Wahabi itu. 




Jadi, bagaimana keyakinan anda? Tepuk dada, tanya iman...

Sabtu, Mei 07, 2011

BERHIBUR DENGAN 'AKU SAYANG UMMI'



BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI IBU BAGI NEGARA MALAYSIA YANG JATUH PADA 8 MEI 2011, SAYA BAWAKAN SEBUAH LAGU KANAK-KANAK YANG RASANYA CUKUP MENGGAMIT MEMORI ANAK-ANAK KELAHIRAN 80-AN YANG PERNAH MENDENGAR LAGU INI. TIDAK KIRA APA PANGGILAN ANDA KEPADA IBU ANDA SAMA ADA EMAK, MAMA, UMMI, IBU DAN SEBAGAINYA LAGU INI BENAR-BENAR MEMBERI 1001 PENGERTIAN TERSENDIRI DI MANA UMMI YANG MENJADI CERITA PADA LAGU INI MERUPAKAN SEORANG IBU YANG SOLEHAH YANG MENDIDIK ANAK-ANAK DALAM KEHIDUPANNYA TERMASUKLAH MEMPERKENALKAN ALLAH KEPADA ANAK-ANAKNYA MELAUI IBADAH SOLAT. PERDENGARKANLAH....'UMMIKU SAYANG' YANG DISERTAKAN DENGAN LIRIK.


Jumaat, Mei 06, 2011

ANTARA ILMU & HARTA




Suatu hari semasa Khalifah Ali sedang memberi syarahan dalam sebuah majlis ilmu, datang 10 orang lelaki yang hendak menguji kehebatan ilmunya.
“Wahai Ali, benarkah Rasulullah berkata; Saya adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya?” Tanya salah seorang daripada lelaki itu.
“Memang benar……,” jawab Khalifah Ali bin Abi Talib.
Lelaki pertama bertanya, “Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta?”.  “Sudah tentu ilmu itu lebih baik daripada harta,” jawab Sayyidina Ali.
“Apa dalilnya, wahai Ali?” tanya lelaki itu lagi. “Wahai saudaraku, ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul. Harta itu warisan Qarun” jawab Sayyidina Ali.
Lelaki kedua pula bertanya, “Wahai Ali, manakah lebih baik antara ilmu dengan harta?”. “Tentulah ilmu itu yang lebih baik daripada harta,” jawab Sayyidina Ali, tanpa menunjukkan rasa marah.
“Apa dalilnya?” tanya lelaki ke-dua itu lagi. “Wahai saudaraku, ilmu itu menjaga kamu tetapi harta itu kamu yang menjaganya,” jawab Sayyidina Ali.
Lelaki ke-tiga pula bertanya, “Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara harta dengan ilmu?”. Maka dijawab oleh Sayyidina Ali, “Wahai saudaraku, orang yang mempunyai banyak harta akan mempunyai ramai musuh. Tetapi orang yang berilmu mendapat ramai kawan,"
Lelaki keempat juga bertanya soalan yang sama. Jawapan Sayyidina Ali, “Wahai saudaraku, harta apabila ia dibelanjakan maka ia akan berkurang, sedangkan ilmu, jika ia diamalkan semakin bertambah."
Lelaki kelima juga bertanyakan soalan yang sama. Maka dijawab oleh Sayyidina Ali, “Wahai saudaraku, orang yang banyak harta biasanya kedekut dan tidak dihormati. Mereka yang banyak ilmu pemurah dan dihormati."
Lelaki keenam pula bertanya soalan yg sama, lalu dijawab oleh Sayyidina Ali, “Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat. Ilmu pula akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat.”
Sayyidina Ali memandang ke arah lelaki yang ketujuh lalu berkata, “Harta menjadikan pemiliknya keras hati, tetapi ilmu menjadikan pemiliknya terang hati."
Kepada lelaki kelapan Sayyidina Ali berkata, “Harta semakin lama disimpan ia semakin usang; tetapi ilmu tidak usang dan tidak lapuk.”
Kemudian Sayyidina Ali terus berkata, “Pemilik harta akan berkata harta itu milik dia. Pemilik ilmu pula berkata ilmu itu milik Allah.”
Akhirnya 10 orang lelaki yang hendak menduga ilmu Amirul Mukminin Sayyidina Ali bin Abi Talib beredar. Orang ramai berasa kagum kerana Sayyidina Ali dapat memberikan banyak jawapan untuk hanya satu soalan.
”Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama, aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza,” kata Khalifah Ali bin Abi Talib.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.